Monday, February 20, 2012

Monster vs Bullet lumi shot


Hari tu aku ada kata perasaan semacam lumi bullet mampu menyamai lumi Monster yang lagend tu. Akhirnya dapatlah peluang untuk aku mencari kebenaran melalui gambar yang aku tangkap malam tadi. Monster duduk sebelah kiri dan bullet sebelah kanan.

Beginilah gambaran lumi shot antara Monster vs Bullet. Pada aku, kedua-duanya sama hebat. Sama-sama mampu menyuluh di bilik yang gelap.

Saturday, February 18, 2012

Zulu Zul

14 Feb lepas aku terima tali jam dari jammasa.blogspot. Susah juga nak dimengertikan kenapa aku beli tali zulu. Tapi tak mengapalah itu cerita lain. Dalam pembelian kali ini ada dua perkara yang menarik minat aku untuk dikongsikan bersama. Pertama, bil pembelian berserta akad yang aku terima berserta barang memang aku anggap suatu yang positif dan terpancar keikhlasan dan kejujuran (mungkin ada seller di luar sana dah lama pakai kaedah ini tapi ini 1st time aku dapat)...Tahniah. Keduanya, mana korang nak dapat jenama tali jam yang ada nama penjualnya kat situ... Zulu - Zul. Aku bagi 5 bintang :)

Monday, February 13, 2012

Cat bezel - kampungan style


Niat nak me 'nacap' aka touch up bezel seiko monster kuning aku tetap segar walaupun telah hampir 7 bulan berlalu. Banyak juga laman-laman web aku singgah untuk tahu lebih lanjut cara-cara mengecat bezel. Bukannya apa, sekadar menaikkan lagi seri muka jam tersebut. Antara laman web yang aku singgahi ialah Restoring a bezel . Bermula dari itulah aku jadi sedikit berani untuk DIY sendiri ikut kebolehan dan pekakasan yang aku ada.

bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. cat spray tin (gloss atau matt black - aku guna matt balack)
2. Sebatang pencungkil gigi
3. Sehelai kain buruk

Kalau ikutkan panduan yang diberikan, adalah dicadangkan supaya menggunakan cat dari jenis akrilik (kalau kat sini contohnya macam jenis Tamiya) ataupun cat enamel. Aku tak berapa pandai sangat dan belum bersedia nak invest pada cat yang aku nak gunakan 2, 3 titik aja. So, akupun mencuba dengan cat spray aja. Betul, cat tin. Rasanya semua tahu cat sembur tin. Jadi tak payahlah aku letak gambar kat sini. Kebetulan pulak terjumpa balen-balen cat spray lama kat stor apa lagi....

Macam biasa, bersihkan bezel secukup rasa, goncang tin cat sampai penat. Spray terus cat ke dalam penutup tin cat. Tak payah banyak sangat. Gunakan pencungkil gigi dan titiskan pada tempat yang sesuai. biarkan sampai cat kering dan buang sisa cat guna bahagian pencungkil gigi yang sebelah lagi. Kalau hasilannya tak cantik, jangan bimbang, ulang semula untuk hasil yang lebih memuaskan.

Beginilah hasilnya. Aku pun bukannya perfectionist sangat. Kira ok lah bagi level aku nih. Cuma aku rasa agak kurang puas hati pada luminous pip yang kat no 12 tu. maklumlah besar, ada putih pulak kat tengah. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan eye loop dan pastikan cat betul-betul cair. kalau bergentel hasilannya kurang licin. Setakat ni tak ada masalah cat tertanggal kalau setakat ambil wuduk dan mandi. Maaf lah sekiranya teknik aku ni banyak kelemahannya. Dan juga teknik ni hanya sesuai untuk bezel markers yang tenggelam bukan printed. Sebabtulah dipanggil repainting bezel - kampungan style... Selamat mencuba

Thursday, February 2, 2012

Cinta lama kembali bersemi....


Bila ada kelapangan rajin juga aku buat sikit kerja-kerja house keeping terutamanya menyusun atur jam-jam yang tak seberapa tu. Mujurlah jam pun tak banyak dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk disiapkan. Masa tengah belek-belek resit dan manual jam terpandang pula dengan satu resit jam nostalgia lampau yang merupakan resit jam divers Seiko (bullet) pertama aku. Tarikhnya 19/7/2008.....Sayangnya jodoh tak panjang. Masa tu aku masih muda dan kurang pertimbangan (hehe)

Nak dijadikan cerita, aku memang tahu kedai yang menjual jam divers tu dulu memang ada sebiji lagi dial hitam. Tapi aku macam tak berapa pasti sangat sebab dah hampir 3 tahun ++ peristiwa berlaku. Maka pada hari cuti Krismas yang lepas aku pun berkunjunglah ke kedai tersebut dan memang benar ada jam tu masih di situ seperti menantikan aku mengambilnya.

Kalau masa aku beli bullet oren dulu aku beli buta je. Janji cantik kat tangan sudah la. Tapi kali ni aku lebih seronok kerana tahu sikit-sikit pasal jam yang bakal aku beli ni. Tak sangka pula jam ni datang terus dengan bracelet president. Makanya tak perlulah aku fikir banyak kali. Apa lagi beli dan belah laa

Yang agak unik pembelian kali ni ialah inilah kali pertama jam yang aku beli aku terus-terusan memakainya selama sebulan. Mana pernah aku pakai jam yang sama sampai sebulan. Gila betoi. Aku suka sangat dengan cincin minit yang putih merah sebab bila di pandang dari belah kiri akan nampak warna merah dan nampak putih bila di pandang dari belah kanan.

Saiznya yang tidak keterlaluan juga sangat menyenangkan. Pernah juga aku terbaca kat web mat saleh yang mengatakan saiz seiko divers ni memang paling sesuai.

Walaupun aku sudah pun memiliki jam yang berenjin 7s26, peluang memiliki model bullet new in box masih aku anggap sangat bertuah.

Aku dedahkan sikit jam pada matahari bagi tujuan mengambil gambar luminous

Jam aku letak atas mesin basuh kerana kawasan sekitaran yang agak gelap. Apalagi shoot. Alamak terlupa pulak nak tutup lampu...

Beginilah wajah Seiko bullet bila masuk tempat gelap. Memang cukup mantap. Sesekali seperti ada persaan yang mengatakan yang luminous bullet setaraf dengan Seiko Monster. Sayangnya aku tak ada gambar untuk dibuktikan. Nanti bila berkesempatan aku akan postkan. Bagi aku luminous Bullet boleh di kategorikan tahap menyuluh sebab jari-jari minitnya yang panjang dan tebal..

Bermula paparan kali ini aku akan cuba sedaya upaya menyelitkan gambar jam berserta kotak (jika ada) pada akhir post aku. Ini bertujuan sebagai rujukan di masa depan. Tak sangka betul jam bullet yang pernah aku jual dulu kini kembali menemani hidup aku. Pembelian penutup tirai tahun 2011 memang asyik. Bagaikan tak sah kalau tak tengok luminousnya sampai la aku tertidurrrrr

SOLD - 13.02.2013