Thursday, February 2, 2012

Cinta lama kembali bersemi....


Bila ada kelapangan rajin juga aku buat sikit kerja-kerja house keeping terutamanya menyusun atur jam-jam yang tak seberapa tu. Mujurlah jam pun tak banyak dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk disiapkan. Masa tengah belek-belek resit dan manual jam terpandang pula dengan satu resit jam nostalgia lampau yang merupakan resit jam divers Seiko (bullet) pertama aku. Tarikhnya 19/7/2008.....Sayangnya jodoh tak panjang. Masa tu aku masih muda dan kurang pertimbangan (hehe)

Nak dijadikan cerita, aku memang tahu kedai yang menjual jam divers tu dulu memang ada sebiji lagi dial hitam. Tapi aku macam tak berapa pasti sangat sebab dah hampir 3 tahun ++ peristiwa berlaku. Maka pada hari cuti Krismas yang lepas aku pun berkunjunglah ke kedai tersebut dan memang benar ada jam tu masih di situ seperti menantikan aku mengambilnya.

Kalau masa aku beli bullet oren dulu aku beli buta je. Janji cantik kat tangan sudah la. Tapi kali ni aku lebih seronok kerana tahu sikit-sikit pasal jam yang bakal aku beli ni. Tak sangka pula jam ni datang terus dengan bracelet president. Makanya tak perlulah aku fikir banyak kali. Apa lagi beli dan belah laa

Yang agak unik pembelian kali ni ialah inilah kali pertama jam yang aku beli aku terus-terusan memakainya selama sebulan. Mana pernah aku pakai jam yang sama sampai sebulan. Gila betoi. Aku suka sangat dengan cincin minit yang putih merah sebab bila di pandang dari belah kiri akan nampak warna merah dan nampak putih bila di pandang dari belah kanan.

Saiznya yang tidak keterlaluan juga sangat menyenangkan. Pernah juga aku terbaca kat web mat saleh yang mengatakan saiz seiko divers ni memang paling sesuai.

Walaupun aku sudah pun memiliki jam yang berenjin 7s26, peluang memiliki model bullet new in box masih aku anggap sangat bertuah.

Aku dedahkan sikit jam pada matahari bagi tujuan mengambil gambar luminous

Jam aku letak atas mesin basuh kerana kawasan sekitaran yang agak gelap. Apalagi shoot. Alamak terlupa pulak nak tutup lampu...

Beginilah wajah Seiko bullet bila masuk tempat gelap. Memang cukup mantap. Sesekali seperti ada persaan yang mengatakan yang luminous bullet setaraf dengan Seiko Monster. Sayangnya aku tak ada gambar untuk dibuktikan. Nanti bila berkesempatan aku akan postkan. Bagi aku luminous Bullet boleh di kategorikan tahap menyuluh sebab jari-jari minitnya yang panjang dan tebal..

Bermula paparan kali ini aku akan cuba sedaya upaya menyelitkan gambar jam berserta kotak (jika ada) pada akhir post aku. Ini bertujuan sebagai rujukan di masa depan. Tak sangka betul jam bullet yang pernah aku jual dulu kini kembali menemani hidup aku. Pembelian penutup tirai tahun 2011 memang asyik. Bagaikan tak sah kalau tak tengok luminousnya sampai la aku tertidurrrrr

SOLD - 13.02.2013 

14 comments:

  1. Wow, Seiko bullet.. payah nak jumpa dah Seiko ni.. Suka tgk marker dia mcm peluru.. lain dari yang lain yg corak cuma empat segi dan bulat sahaja pada Seiko diver's yg lain..

    ReplyDelete
  2. saya pernah jumpa sekalijam bullet oren, masa tu bergandingan dengan samurai, jadi samurai le kena sambar dulu.

    ReplyDelete
  3. Sdr SJ...minit marker yg tajam tu memang syok bila di tenung lama-lama. Lumi jarum saat pun nampak agak releven sbb bulat kat depan. Yg paling seronok sbb jam da masuk kategori pupus tapi harga terjangkau...betul tak hehe

    ReplyDelete
  4. Cikgu Zul... Aik..saya pun ada terjumpa sbiji samurai ss dial putih kat kedai lepas beli bullet. Nasib baik bukan dial hitam kalau tak mmg susah dibuatnya... arga beza rm30 pulak tuh. Adoiii

    ReplyDelete
  5. ada sebijik bullet kat kedai jam Kota Belud. mmg agak 2 tahun tak terusik-usik, mgkn org tak tau kot...rege pas less toke bg rm730...ok ke?

    ReplyDelete
  6. Cikgu 24jam... Wah! nampaknya masih ada lg bulet2 di luar sana. Tentang harga yg cikgu dpt tu pn tak jauh beza dari sini. Paling penting bila hati da berkenan buat ajalah apa yg patut. Kalau rasa berdebar2 masa pegang tu agaknya jadi la kot. Tapi klu macam confuse lg tangguhkan dlu. Wallahualam:)

    ReplyDelete
  7. Classic ni bro, antara last piece di dunia :p Hehehe....aku setuju dgn cara ko bro, agak2 ragu tangguh saja..balik dan research lagi :)

    ReplyDelete
  8. aku setuju bro...kalau ada rasa ragu2 tu, jangan teruskan pembelian. Fikir balik dan kaji. Tapi kalau pegang2 aje terus menangkap, insyaAllah itulah yg kita cari :) klasik jam ko ni bro...antara yg terakhir di muka bumi :D

    ReplyDelete
  9. tak tau pasal apa takleh appear nama aku...dah dua kali komen, dah published, hilang lagi daaa....btw aku setuju dengan ko, kalau ragu-ragu tu janganlah beli. Baik fikir semula. Tapi kalau pegang dah suka, insyaAllah itulah dia yang kita cari :) btw skx dgn bullet marker ni mmg unik...antara spesis terakhir di muka bumi..hehe-walikard

    ReplyDelete
  10. Wali...Tk byk atas usaha tuan yg x mengenal jemu. Walau se-rare, vintaj mahupun super popular manapun sesuatu jam tu tp klu x ngam mungkin dah ditakdirkan x ssuai utk kita. Kalau mmg da rezki jam, walaupun beratahun berpisah, sampai jua di tangan kita...berdoalah, InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Wali... rupanya bila aku check setting comment. Aku nampak 2 komen ko masuk dalam folder spam. Aku dah lepaskan ... terpulanglah...

    ReplyDelete
  12. Patutlah...heheheh...betul bro, kalau ada kimia, mesti datang balik :)

    ReplyDelete
  13. sah_kul, tengok bezel insert dia macam yg pakai kat SKX007, betul ? Tahniah bro dapat pakai jam rare. Seiko aku yg dok pakai sekarang pun Sumo je. Yg lain asyik tido dlm kotak

    ReplyDelete
  14. Bro PM. Insert bezel mmg seiras dgn skx007. Beza pada dial dan minit ring pula putih merah. kalau dial oren, minit ring putih biru tua... Nasib baik ada kotak tempat tido. Jam2 kawan masih tido melepak aja x bertempat huhu :(

    ReplyDelete