Thursday, October 25, 2012

G Shock G9300ER-5

 Dah hampir 2 tahun semangat G Shock aku lenyap bagai ditelan ombak tsunami Seiko divers. 
 Tapi sejak kehadiran semula mudman 9025 tempohari memberikan nafas baru kepada aku untuk berubah angin (sekejap) dalam mengharungi hobi yang tiada peghujungnya ini...
 Akhirnya setelah beberapa kiriman gambar jam ini aku terima daripada seorang sahabat jam dari Selangor yang sanggup menempuh lautan kenderaan untuk membelikan jam ini. Aku beranikan diri juga untuk membelinya walaupun masa tu memang ada masalah kewangan agak meruncing Tapi memandangkan ketulusan dan iltizam sahabat ni makanya aku berikan kata setuju. Mungkin memang sudah suratan agaknya.
 Walaupun G Shock sudah lama di pasaran, kebanyakkan yang sukakannya adalah golongan muda. Maklumlah warnanya yang beraneka. Mungkin bagi yag berumur kata "dah buang tebiat agaknya nak pakai jam kaler"... tapi bagi aku itu masalah kecil aja...lagi banyak kaler lagi ganas...
 Model mudman baru 9300 ni banyak pembaharuan yang dibawanya berbanding model 9000. Antara yang paling mudah sekali ialah terdapat tulisan " G Shock Protection dan Shock resist" pada tali jam. Untuk model ni turut terdapat pembaharuan yang pertama kali aku lihat iaitu penggunaan buckle ion plated yang pada aku cukup best.
 Model mudman baru ni ada yang datanagnya dari Thailand dan ada yang datang dari Jepun. Menurut sumber-sumber bukan rasmi, model-model Jepun ni wujuk sejak akhir-akhir ini akibat daripada bencana banjir yang melanda Thailand tahun lepas. Tapi aku rasa ianya tak bertahan lama dan akan kembali semula ke Thailand apabila keadaan pulih dan stok-stok module Jepun yang ada sekarang habis dijual.
 Terdapat 36 model mudman yang telah dikeluarkan sejak dulu sampai sekarang. Antara sebab aku sukakanya ialah kerana skema warnanya yang unik dan sederhana. Tak keterlaluan dan menjolok mata. Terdapat seakan bentuk bintang dalam bulatan apabila butang lampu ditekan menambahkan lagi perisa sedia ada.
 Kalau diperhatikan betul-betul, warna pada screen LCD jam agak berbeza sedikit iaitu warna coklat cerah dan warna perang pada bulatan. Selain daripada ciri-ciri biasa jam G Shock yang tulisan pada jamnya lebih banyak berbanding jam-jam lain, module jam mudman kali ini juga banyak pembaharuan seperti, bacaan fasa bulan (bulatan merah), kompas, dan bacaan suhu.
 Antara sebab kenapa saiz mudman kali ini lebih besar, mungkin disebabkan oleh twin sensor jam. bagaimanapun pemakaian jam ini dirasakan lebih selesa berbanding Frogman walaupun mempunyai saiz yang hampir sama, mungkin disebabkan oleh rekebentuk tali jam yang lebih selesa di tangan.
 Walaupun cuaca yang seringkali hujan kat kawasan aku ni, sedikit pun tidak menghalang sesi fotografi yang telah aku rancangkan tempohari.
 buah sawit ....
 Sebaiknya jam perlulah ditanggalkan dahulu untuk mendapatkan bacaan suhu yang betul. Kebolehan membaca kompas yang ada pada model 9300 banyak memberi manfaat.
 Butang di bawah tulisan COMP pada bezel tu perlu ditekan untuk bacaan kompas. Untuk itu jam ini mempunyai 5 butang untuk ditekan-tekan.
 Tulisan Twin Sensor ni getahnya agak lembut dan tak perlulah ditekan kerana di bawahnya terletak sensor jam. Tapi kalau nak tekan juga....dipersilakan...
 Pereka jam ni mengatakan bahawa model ni mendapat inspirasi daripada warna Navy Khaki aka desert...kat Malaysia ni tak ada gurun...so aku letakkan gambar buah sawit
 Cuma yang tak berapa best jam ni ialah button jam agak keras apabila ditekan, sama seperti jam-jam mudman model-model terdahulu.
 Sebenarnya aku masih dalam pengkajian tentang warna ring bulatan besar jam. Adakalanya terlihat semacam warna coklat perang dan kadangkala seperti warna gelap hitam. Sampai sekarang masih tak dapat mengesahkan warnanya.

Secara keseluruhannya, mudman kali ini lebih uumph pada pandangan aku. Kalau mudman 9000 lebih berfokus pada kebolehan mengukur masa dan dual illuminator, mudman 9300 kini memang berbeza dan mengesahkan lagi kedudukan mudman sebagai antara model terbaik 'man' series.

SOLD - 12.02.2013

Saturday, October 13, 2012

Mudman 9025 - selepas 4 tahun

 Salam hormat. Kira-kira 4 tahun yang lampau tak semena-mena aku telah jual jam G Shock 9025 yang pertama aku beli. Susah payah aku cari jam ni aku boleh jual laa pulak. Aku pun tak ingat kenapa aku jual. Tapi aku harus bersyukur kerana jam tu masih lagi dapat aku lihat sebab aku jual dengan rakan sepejabat juga. So tak lah rasa bersalah sangat. Lagipun kawan juga yang beli...apa salahnya kan... keadaan jam yang telah aku jual dulu tu sempat aku rakamkan siang tadi...masih bernyawa lagi nampaknya...
 Tapi yang pelik bin ajaibnya entah macam mana aku boleh terbeli sebijik lagi jam mudman 9025 NIB kira-kira dua minggu lepas. Bila terlihat saja jam ni diiklankan aku terus tak fikir panjang...Sepatah kawan baik horologi aku tu..."apa lagi zasssttt aja bro"...memang sungguh benar kata dia tu...hehe
 Gambar bersebelahan antara satu sama lain jelas sekali menampakkan perbezaan. Kata kawan tu ..dia tak pernah fikir nak belai apatah lagi lap jam tu sejak beli dulu. Walaupun sekali pandang dengan mata kasar nampak tidak banyak perbezaan, tapi bila kena flash kamera handphone ni ... seolah-olah ada sesuatu yang terjadi pada dial jam !!... so aku mula terfikir kalau kawan-kawan nak beli jam..kenapa tidak kita snap dulu sekeping dua jam yang bakal kita beli tu...sebab semua yang terselindung akan lebih jelas kelihatan...tapi jam kawan aku ni tidak lah seperti di dalam gambar...keadanya jauh lebih baik dan ok saja...cuma selepas gambar ini dirakam membuatkan kami sedikit terkejut...
 Tali (band) jam pun sedikit kembang. Katanya lagi memang berbaloi. 
 Berapa banyak rakit ikan, bot, sungai, laut yang jam ni tak sampai. Tentulah keadaan nya sedikit kasar
 Yang paling ketara sekali adalah band retainer yang jelas mengembang berbanding tali jam yang baru.
 Pemandangan dari sudut juga jelas menunjukkan dial jam kelihatan kabur. Itu belum dicampur dengan daki di tali jam.
 Kawan aku sibuk menanyakan jika boleh kita dapatkan semula tali dan bezel spare untuk model ni. Kalau yang biasa tu mungkin ada tapi untuk model ni mungkin sukar sikit sebab mudman ni dihasilkan bersempena 25 tahun G Shock tahun 2008 dulu.
 Walaupun sudut bawah jam terlindung dari kemalangan tapi tak terkecuali juga daripada kesan-kesan pemakaian
Kesimpulannya, walaupun jam G Shock ni boleh lah dikategorikan jam-jam sederhana saja. Ianya tetap bernilai kepada pemiliknya terutama untuk G Shock model-model terhad. Banyak jam-jam G Shock model terhad berada di pasaran. Model ulangtahun 30 tahun G Shock pun sudah ada di pasaran. Tapi rasanya tak mampu pulak untuk aku memilikinya. Keseronokkan G Shock memang sukar dinafikan. G Shock membuatkan saya gembira. Anda bagaimana ??

Monday, October 1, 2012

Orient star retro camera - new facelift

Salam hormat. Nampaknya belum sempat lagi aku nak review jam-jam baru. Asyik-asyik jam yang ada tulah yang diulang-ulang cerita. Maklumlah jam pun bukannya banyak. Mungkin posting yang akan datang akan ada review jam InsyaAllah. Pada kali ini aku nak berkongsi cerita tentang usaha terbaru aku untuk menambahkan seri jam. Usaha paling mudah dan sederhana murah selalunya dengan menukar-nukar tali jam. Sejak mula berjinak-jinak dengan tali bund untuk Seiko Alpinist tempohari, aku terus mencari-cari lagi tali kulit bund yang sesuai.
 Selalunya bila beli tali jam, aku akan beli aja kalau dah suka. Tidak kiralah sama ada jam tu ada ke tak, yang penting aku suka. Kebetulan ada 2 jam aku yang sesuai dengan saiz lug tali bund ni. Mula-mula memang nak pasangkan pada Sumo oren tu. Tapi banyak pulak bantahan yang aku terima. So terpaksalah aku carikan tali lain untuk Sumo tu nanti... kata seorang sahabat baik aku tu..."sumo ni lagi sesuai pakai tali bund hitam bro"...pandai betul dia beri cadangan...takpe..kalau tak cukup duit nanti aku mintak dia tolong advance kan dulu... :P
 Rahsia selesa tali bund ni selalunya bukan pada saiz jam tapi saiz lug to lug. Sebabnya kalau saiz lug to lug kecil...secara langsung tali tu jadi pendek. Memang boleh mendatangkan masalah besar bagi yang bertangan besar. Dah lah beli tali mahal-mahal pulak tu tak boleh pakai. Atau sanggupkah anda menebuk lagi lubang tambahan. Pulak tu lubang sedia ada kadang-kadang berbentuk 4 segi...tak ke haru
 Kalau diperhatikan betul-betul tali bund ni dua tone. Mula-mula agak musykil juga nak tekan butang beli tapi  rasanya macam ok lah pulak bila dah sampai depan mata.
 Nampaknya masih berbaki lagi lubang tali jam tu, so tak payahlah nak diet.. Benang jahitan pada tali ni pun kadang-kadang nasib juga. Ada masa tu kat kedai cantik, sampai rumah hampeh. Tapi ada baiknya kalau rakan-rakan mencari tali yang telah dililinkan (waxed) supaya tak cepat kusam dan tahan lama. Ada juga penjual bund internet yang tidak menjual tali dengan buckle. Buckle jam pun boleh memeningkan bro. Sebagai contohnya buckle Seiko GS kat ebay tu harga nya saja dah RM900+....

 Gambar atas antara gambar yang paling aku suka sebab tone jam dan tali nampak seirama.
Secara keseluruhannya percubaan untuk menukar sedikit penampilan jam ni bolehlah dikatakan berjaya. Jam  pula kelihatan lasak berbanding sebelumnya semasa menggunakan tali kulit yang dulu. Dan yang penting aku dah lebih kerap memakai jam ni sebab tiada lagi rasa bimbang tentang tali jam berbanding tali kulit asal. Bund- suatu penyelesaian. Anda bila lagi ?