Dah hampir 2 tahun semangat G Shock aku lenyap bagai ditelan ombak tsunami Seiko divers.
Tapi sejak kehadiran semula mudman 9025 tempohari memberikan nafas baru kepada aku untuk berubah angin (sekejap) dalam mengharungi hobi yang tiada peghujungnya ini...
Akhirnya setelah beberapa kiriman gambar jam ini aku terima daripada seorang sahabat jam dari Selangor yang sanggup menempuh lautan kenderaan untuk membelikan jam ini. Aku beranikan diri juga untuk membelinya walaupun masa tu memang ada masalah kewangan agak meruncing Tapi memandangkan ketulusan dan iltizam sahabat ni makanya aku berikan kata setuju. Mungkin memang sudah suratan agaknya.
Walaupun G Shock sudah lama di pasaran, kebanyakkan yang sukakannya adalah golongan muda. Maklumlah warnanya yang beraneka. Mungkin bagi yag berumur kata "dah buang tebiat agaknya nak pakai jam kaler"... tapi bagi aku itu masalah kecil aja...lagi banyak kaler lagi ganas...
Model mudman baru 9300 ni banyak pembaharuan yang dibawanya berbanding model 9000. Antara yang paling mudah sekali ialah terdapat tulisan " G Shock Protection dan Shock resist" pada tali jam. Untuk model ni turut terdapat pembaharuan yang pertama kali aku lihat iaitu penggunaan buckle ion plated yang pada aku cukup best.
Model mudman baru ni ada yang datanagnya dari Thailand dan ada yang datang dari Jepun. Menurut sumber-sumber bukan rasmi, model-model Jepun ni wujuk sejak akhir-akhir ini akibat daripada bencana banjir yang melanda Thailand tahun lepas. Tapi aku rasa ianya tak bertahan lama dan akan kembali semula ke Thailand apabila keadaan pulih dan stok-stok module Jepun yang ada sekarang habis dijual.
Terdapat 36 model mudman yang telah dikeluarkan sejak dulu sampai sekarang. Antara sebab aku sukakanya ialah kerana skema warnanya yang unik dan sederhana. Tak keterlaluan dan menjolok mata. Terdapat seakan bentuk bintang dalam bulatan apabila butang lampu ditekan menambahkan lagi perisa sedia ada.
Kalau diperhatikan betul-betul, warna pada screen LCD jam agak berbeza sedikit iaitu warna coklat cerah dan warna perang pada bulatan. Selain daripada ciri-ciri biasa jam G Shock yang tulisan pada jamnya lebih banyak berbanding jam-jam lain, module jam mudman kali ini juga banyak pembaharuan seperti, bacaan fasa bulan (bulatan merah), kompas, dan bacaan suhu.
Antara sebab kenapa saiz mudman kali ini lebih besar, mungkin disebabkan oleh twin sensor jam. bagaimanapun pemakaian jam ini dirasakan lebih selesa berbanding Frogman walaupun mempunyai saiz yang hampir sama, mungkin disebabkan oleh rekebentuk tali jam yang lebih selesa di tangan.
Walaupun cuaca yang seringkali hujan kat kawasan aku ni, sedikit pun tidak menghalang sesi fotografi yang telah aku rancangkan tempohari.
buah sawit ....
Sebaiknya jam perlulah ditanggalkan dahulu untuk mendapatkan bacaan suhu yang betul. Kebolehan membaca kompas yang ada pada model 9300 banyak memberi manfaat.
Butang di bawah tulisan COMP pada bezel tu perlu ditekan untuk bacaan kompas. Untuk itu jam ini mempunyai 5 butang untuk ditekan-tekan.
Tulisan Twin Sensor ni getahnya agak lembut dan tak perlulah ditekan kerana di bawahnya terletak sensor jam. Tapi kalau nak tekan juga....dipersilakan...
Pereka jam ni mengatakan bahawa model ni mendapat inspirasi daripada warna Navy Khaki aka desert...kat Malaysia ni tak ada gurun...so aku letakkan gambar buah sawit
Cuma yang tak berapa best jam ni ialah button jam agak keras apabila ditekan, sama seperti jam-jam mudman model-model terdahulu.
Sebenarnya aku masih dalam pengkajian tentang warna ring bulatan besar jam. Adakalanya terlihat semacam warna coklat perang dan kadangkala seperti warna gelap hitam. Sampai sekarang masih tak dapat mengesahkan warnanya.
Secara keseluruhannya, mudman kali ini lebih uumph pada pandangan aku. Kalau mudman 9000 lebih berfokus pada kebolehan mengukur masa dan dual illuminator, mudman 9300 kini memang berbeza dan mengesahkan lagi kedudukan mudman sebagai antara model terbaik 'man' series.
SOLD - 12.02.2013
SOLD - 12.02.2013
Memang cantik GS ni bro, unik, dan warnanya taklah striking sgt utk digayakan. Sebelum ni aku kurang skit GS warna2....but this one mmg cantik bro. Warna alam gitu bro :) tahniah dan mmg antara yg terbaik di kalangan GS2 yg ada :) function wise pun tak mengecewakan. Tentu banyak nak explore. Salam E'Idul Adha dari aku sekeluarga bro :)
ReplyDelete...TK bro...cantik atau disebabkan latar belakang buah sawit...hehe...GS sekarang mmg banyak yg best...dan banyak lagi yg kena dibeli...eh maksud saya diselidiki...Salam Eidul Adha juga dr kami bro... :D
DeleteNampak sangat menarik model terbaru ni. Boleh la aku uhshar nnt. Hehe.. Tq for the info bro
ReplyDeleteTq Doc...sempena cuti panjang ni mmg sesuai dan digalakkan jalan2 ke kedai jam...tengok2 apa yg patut... :D
DeleteModel ni mmg lawo bang...backlight die pun mmg lawo...tp harge dieeeeee..........mmg LAWA!!
ReplyDeleteBobo kan pandai buat gambar kt dlm jam...kacang aja :D
DeleteMudman ataupun "Orang Lumpur" adalah salah satu G-Shock dalam kategori Master of G. Mudman G-9300 merupakan Mudman Generasi ke 3 selepas DW-8400 pada 1996 & G-9000 pada 2006. Mudman G-9300 ini merupakan Mudman pertama yang mempunyai fungsi "Twin Sensor" ataupun sensor berkembar. Sensor yang pertama ialah sensor untuk kompas, sensor bearing dan sensor suhu untuk fungsi jangkasuhu. Rekaciptanya telah dikemaskini dengan fungsi butang resin yang disatukan dengan badan resin pada jam ini, untuk melindungi daripada dimasuki lumpur, pasir and air.
ReplyDeleteSelain itu, ada pula fungsi fasa bulan padanya.
... buat masa ni pilihan saya pada mudman 9000...walaupun pada awalnya lebih menyukai model 9300...
DeleteBro bole bgi no sebab nk taye tentang aksesori jam g9300
ReplyDeleteBro nak tye. Macam mana nak set compass pada jam ni.. terima kasih
ReplyDelete