Salam hormat. Kira-kira 4 tahun yang lampau tak semena-mena aku telah jual jam G Shock 9025 yang pertama aku beli. Susah payah aku cari jam ni aku boleh jual laa pulak. Aku pun tak ingat kenapa aku jual. Tapi aku harus bersyukur kerana jam tu masih lagi dapat aku lihat sebab aku jual dengan rakan sepejabat juga. So tak lah rasa bersalah sangat. Lagipun kawan juga yang beli...apa salahnya kan... keadaan jam yang telah aku jual dulu tu sempat aku rakamkan siang tadi...masih bernyawa lagi nampaknya...
Tapi yang pelik bin ajaibnya entah macam mana aku boleh terbeli sebijik lagi jam mudman 9025 NIB kira-kira dua minggu lepas. Bila terlihat saja jam ni diiklankan aku terus tak fikir panjang...Sepatah kawan baik horologi aku tu..."apa lagi zasssttt aja bro"...memang sungguh benar kata dia tu...hehe
Gambar bersebelahan antara satu sama lain jelas sekali menampakkan perbezaan. Kata kawan tu ..dia tak pernah fikir nak belai apatah lagi lap jam tu sejak beli dulu. Walaupun sekali pandang dengan mata kasar nampak tidak banyak perbezaan, tapi bila kena flash kamera handphone ni ... seolah-olah ada sesuatu yang terjadi pada dial jam !!... so aku mula terfikir kalau kawan-kawan nak beli jam..kenapa tidak kita snap dulu sekeping dua jam yang bakal kita beli tu...sebab semua yang terselindung akan lebih jelas kelihatan...tapi jam kawan aku ni tidak lah seperti di dalam gambar...keadanya jauh lebih baik dan ok saja...cuma selepas gambar ini dirakam membuatkan kami sedikit terkejut...
Tali (band) jam pun sedikit kembang. Katanya lagi memang berbaloi.
Berapa banyak rakit ikan, bot, sungai, laut yang jam ni tak sampai. Tentulah keadaan nya sedikit kasar
Yang paling ketara sekali adalah band retainer yang jelas mengembang berbanding tali jam yang baru.
Pemandangan dari sudut juga jelas menunjukkan dial jam kelihatan kabur. Itu belum dicampur dengan daki di tali jam.
Kawan aku sibuk menanyakan jika boleh kita dapatkan semula tali dan bezel spare untuk model ni. Kalau yang biasa tu mungkin ada tapi untuk model ni mungkin sukar sikit sebab mudman ni dihasilkan bersempena 25 tahun G Shock tahun 2008 dulu.
Walaupun sudut bawah jam terlindung dari kemalangan tapi tak terkecuali juga daripada kesan-kesan pemakaian
Kesimpulannya, walaupun jam G Shock ni boleh lah dikategorikan jam-jam sederhana saja. Ianya tetap bernilai kepada pemiliknya terutama untuk G Shock model-model terhad. Banyak jam-jam G Shock model terhad berada di pasaran. Model ulangtahun 30 tahun G Shock pun sudah ada di pasaran. Tapi rasanya tak mampu pulak untuk aku memilikinya. Keseronokkan G Shock memang sukar dinafikan. G Shock membuatkan saya gembira. Anda bagaimana ??
Aku terpengaruh bro :p hahahaha....tak dinafikan, g-shock punya racun tersendiri....once terjebak, jebakannya pasti viral :p mudman 25th anniversary memang terbaik dari segi rupa, value dan collectibality. This time, kasik simpan bro :) Terbaeekkk....bro, banyak g-shock lagi nak kena riview tu betul tak? :p
ReplyDeleteStuju sgt...barang siapa yg beli GS dia akan kena curse...so beware...fikir dalam2 sblm beli G Shock...amaran tahap merah...review??...insyaAllah akan menyusul kemudian...
DeleteSalam sah_kul,teringin juga nak pakai GS, tapi tangan kecik macam saya ni boleh ke pakai GS. Apa yang sesuai ? Bila tengok dalam cermin di kedai saya boleh bezakan GS ni ikut warna sahaja,... hitam, putih, merah, oren dsb.Yang lain nampak sama sahaja...
ReplyDeleteWaalaikumsalam cikgu...mmg tak dinafikan kebanyakan jam GS besar2 kalau dibandingkan dgn model2 jam dress. Tapi dlm pemakaian GS saiz besar ni normal...saiz sky aviator baru semuanya dlm saiz 52mm!!...Mungkin cikgu bole mulakan dgn model 5600 atau 6900...jgn beli baby G sudah le cikgu..GS mmg colorful...selain function yg pelbagai...jam ni mmg fun...
DeleteUntuk pergelangan tangan kecil, contohnya 5" kepada 5.5", model yang disarankan ialah 5600 ataupun 5600 solar. Segiempat yang vintage ini sangat sesuai, fungsinya standard tapi berbaloi, banyak jugak kaler untuk dipilih. Kalau tak suka segiempat, model 6900 ataupun 6900 solar pun tak jadi masalah.
DeleteG shock mmg tak menghampakan... ada saja model2 yg sesuai utk semua saiz tangan...
Delete