Salam hormat. Nampaknya belum sempat lagi aku nak review jam-jam baru. Asyik-asyik jam yang ada tulah yang diulang-ulang cerita. Maklumlah jam pun bukannya banyak. Mungkin posting yang akan datang akan ada review jam InsyaAllah. Pada kali ini aku nak berkongsi cerita tentang usaha terbaru aku untuk menambahkan seri jam. Usaha paling mudah dan sederhana murah selalunya dengan menukar-nukar tali jam. Sejak mula berjinak-jinak dengan tali bund untuk Seiko Alpinist tempohari, aku terus mencari-cari lagi tali kulit bund yang sesuai.
Selalunya bila beli tali jam, aku akan beli aja kalau dah suka. Tidak kiralah sama ada jam tu ada ke tak, yang penting aku suka. Kebetulan ada 2 jam aku yang sesuai dengan saiz lug tali bund ni. Mula-mula memang nak pasangkan pada Sumo oren tu. Tapi banyak pulak bantahan yang aku terima. So terpaksalah aku carikan tali lain untuk Sumo tu nanti... kata seorang sahabat baik aku tu..."sumo ni lagi sesuai pakai tali bund hitam bro"...pandai betul dia beri cadangan...takpe..kalau tak cukup duit nanti aku mintak dia tolong advance kan dulu... :P
Rahsia selesa tali bund ni selalunya bukan pada saiz jam tapi saiz lug to lug. Sebabnya kalau saiz lug to lug kecil...secara langsung tali tu jadi pendek. Memang boleh mendatangkan masalah besar bagi yang bertangan besar. Dah lah beli tali mahal-mahal pulak tu tak boleh pakai. Atau sanggupkah anda menebuk lagi lubang tambahan. Pulak tu lubang sedia ada kadang-kadang berbentuk 4 segi...tak ke haru
Kalau diperhatikan betul-betul tali bund ni dua tone. Mula-mula agak musykil juga nak tekan butang beli tapi rasanya macam ok lah pulak bila dah sampai depan mata.
Nampaknya masih berbaki lagi lubang tali jam tu, so tak payahlah nak diet.. Benang jahitan pada tali ni pun kadang-kadang nasib juga. Ada masa tu kat kedai cantik, sampai rumah hampeh. Tapi ada baiknya kalau rakan-rakan mencari tali yang telah dililinkan (waxed) supaya tak cepat kusam dan tahan lama. Ada juga penjual bund internet yang tidak menjual tali dengan buckle. Buckle jam pun boleh memeningkan bro. Sebagai contohnya buckle Seiko GS kat ebay tu harga nya saja dah RM900+....
Gambar atas antara gambar yang paling aku suka sebab tone jam dan tali nampak seirama.
Secara keseluruhannya percubaan untuk menukar sedikit penampilan jam ni bolehlah dikatakan berjaya. Jam pula kelihatan lasak berbanding sebelumnya semasa menggunakan tali kulit yang dulu. Dan yang penting aku dah lebih kerap memakai jam ni sebab tiada lagi rasa bimbang tentang tali jam berbanding tali kulit asal. Bund- suatu penyelesaian. Anda bila lagi ?
nampak mantop bro
ReplyDeleteTK Dr Dj... cuma ulang2 story aja ni...
DeleteSalam sah kul, cantik tali bund tu, tapi tak berani beli, bimbang tangan tak sesuai.Pernah beli tali mesh, akhirnya jual sbb panjang sesangat.
DeleteTk cikgu...kalau mesh mmg susah sikit nak adjust sbb logam. Rasanya kulit ni ok lagi kot. Mungkin juga blum ada rezki cikgu nak pakai tali mesh yang sesuai. Jangan putus asa. Berusahalah. (macam tulis report kad pulak hehe )
DeleteMemang caralah bro...retro+ala-ala vintej=Rocks!! Aku jugak masih belum berjumpa bund yg sesuai...juga dibayangi rasa takut yg tali tak cukup lubang sebab tangan aku yg kecik (walaupun hensem :p) Apapun, aku dah beli benda ni utk kerja-kerj penebukan lubang di masa hadapan...jadi beli tali bukan lagi suatu kegusaran :p
ReplyDeletehttp://www.ebay.com/itm/270958939504?ssPageName=STRK:MEWNX:IT&_trksid=p3984.m1439.l2649
Wali ... Tk atas kata2 memberangsangkan dr awak tu...tapi kawan rasa sebab apa awak blum dpt lg bund yang sesuai mungkin sbb jam awk tu sendiri x pakai tali pun da cara...kalau jam2 kurang hensem ni mmg kenalah tokok-tambah buat sampai cantik..hehe...
Deletep/s.. penebuk lubang jgn sampai bkarat...bund x dpt2 lagi yg berkenan... :)