Tuesday, May 31, 2011

Rubber strap idaman kalbu

Gambar 4 ekor musang dari Canada nilah yang buatkan aku gembira bukan kepalang
Nak kata cantik sangat, biasa saja. Tapi macam tak lengkap kalau tak mengenakannya. Agak-agak tau ke rubber strap ni untuk jam apa? Tiada hadiah menanti untuk peneka yang betul

Saturday, May 28, 2011

Seiko Spirit Quartz

Siri kedua dalam keluarga Seiko Quartz. kali ni kita berkenalan dengan sebuah jam Seiko Spirit. Jam ni asalanya aku beli untuk abah tapi akhirnya aku jugak yang pakai.
Muka putih bersih dengan dial yang simple. Aku sukakan permukaan kasar pada dial. nampak macam model mahal aja.
Jam yang dibuat khusus untuk market Jepun ni semakin sukar ditemui. Ada peminat @ pengumpul jam yang suka jam yang kondisinya nampak lama tapi aku suka kondisi yang baru@segar...
Bracelet jam ni pun nampak ok aja. macam ala-ala oyster pun ada.
Pandangan biasa bagi jam quartz. Jelas sekali jam ni bukan untuk kegunaan ketika menyelam.
Bagi mereka yang dah terbiasa dengan jam-jam bersaiz besar, kadang-kadangnya agak janggal/kekok/tak dapat diterima akal bila mengenakan jam yang bersaiz kecil seperti ini. Tapi dulu memang beginilah kebanyakkannya saiz-saiz jam. Biarpan berkuasakan bateri dan mungkin tak bernilai di mata yang lain, Seiko Spirit ini tetap memberikan perkhidmatan yang memuaskan...

Monday, May 23, 2011

Seiko Silverwave quartz

Jam yang bakal aku ceritakan ni ialah sebuah jam Seiko quartz atau orang biasa cakap jam bateri. Ramai beranggapan jam bateri satu pelaburan yang kurang bijak. Maklumlah dengan kos serendah RM10 tapi dijual dengan harga tinggi. Tapi aku tak memandang ke arah itu.
Jam paparan kali ini ialah dari jenis Seiko Silverwave quartz 8229 8000
Case taklah hebat sangat macam ala-ala Seiko 5 aja
Yang buatkan aku tak tido malam tu ialah sebab lambang quartz yang da lama pupus dari muka bumi. Kalau tak silap model yang agak baru ada lambang SQ
Jangan tanya kenapa date aku letak mode tulisan kanji...pergh baru nampak macam jam Seiko JDM
Dial silver yang bersih memang memukau...sesuai sangat dengan namanya, Silverwave
Dulu jam-jambegini dapat dibeli bawah RM100 di ebay...tapi sekarang jangan haraplah...
Kalau dah nak rosak...jam mahal ke, murah ke, rosaklah jugak. Bukan tak boleh repair...tapi berapa kerat sangatlah tukang jam yang ada sekarang ni. Tapi kalau setakat nak tukar bateri tak ada masalah kot...
Jam bateri Seiko atau seiko quartz ni ada banyak standarnya...yang lagi up skit kalau tak salah jenis twin quartz....ada jugak grand quartz, king quartz...macam jam auto dan manual jugak tahap-tahap dia...
Nak follow otai-otai kat Malaysia ni memang jangan haraplah boleh ikut... Kadang-kadang pening jugak...nak beli 1 jam bagus punya yang harga kaw-kaw atau beli jam biasa-biasa saja tapi dapat banyak....
Tapi Silverwave ni memang tak menghampakan. Masanya baik sekali dan bolehlah dibanggakan. Kepada yang belum ada, anda belum terlambat lagi...

Seiko quartz...review

Biasa ramai yang tak suka jam quartz... banyak jugak jam quartz aku ada...review bakal menyusul...harap bersabar

Sunday, May 8, 2011

Jam antik Junghans

Jam antik tiga lubang Junghans ni telah dibeli pada 17 Feb 2007 di kedai antik Abdul Jonker Street Melaka. Kalau tak silap hari tu sehari sebelum Tahun Baru Cina...kenapa aku bukak jam ni....sebab rosaklah apa lagi....adus... jam ni memang jalannya perfect tapi sejak akhir-akhir ni mudah mati bila jarum panjang no 11. So aku dengan beraninya cuba bukak la dan tengok apa yang patut...cayalah
Dial jam agak kusam...biasalah jam lama
Pening gak nak bukak dial...rupanya pakai paku aja...apalah
Pasal da bukak..amiklah gambar apa yang patut
Aku pun semburlah apa yang patut...malangnya jam tetap macam tu. nak hantar pada tukang jam kat sini aku tak yakin mereka boleh bikin. Nak betulkan quick set utk jam Titoni aku pun amambil masa sampai 3 bulan...besar kemungkinan aku nak hantar balik jam ni ke Melaka untuk diperbetulkan...

Thursday, May 5, 2011

...perlukah aku


siang tadi dapat peluang untuk memiliki sumo ni...persoalannya..sanggupkah aku
jam yang terbukti perkasa ni buatkan aku serba salah....
betul-betul serba salah

Wednesday, May 4, 2011

Fender American Startocaster Reissue 57

Siapa yang tak kenal Fender...bolehlah dikatakan kata ganti nama diri pertama bagi gitar ialah fender... Apasal pulak ada logo mudah...sebab aku beli gitar ni kat mudah kira-kira setahun lepas...
Penutup belakang da tak ada...mengikut sesetengan fahaman kalau tak ada penutup belakang sound mangkuk dia lagi senang dapat.
Tak perlulah lagi aku cerita panjang tentang spec gitar ni sebab semua maklum tentangnya. Cuma yang suka aku nak bagi tau yang ni warnanya vintage white...
Sekali imbas sebijik macam gitar Malmsteen cuma tak ada scallop pada fret aja...pickup pun masih original lagi sesuai sangat untuk twang twanggg
Biasalah gambar kelabu sebab diambil gunakan handphone saja
Nombor siri terpaksa dirahsiakan tapi diramalkan dibuat sekitar tahun 90-93...
Gambar benda ni lagi...
dari belakang pulak...
Di Malaysia ni gitar keluaran 80an atau 90an dan dianggap lama. Harga pun makin lama makin melambung tak ingat...
Trust rod screw adjuster pada neck heel mengesahkan lagi status gitar nih...
cun memang cun...
Tak puas hati aku bukak neck nak tengok dengan bantuan Sifu Abang Nuar
Ada na M.Murillo pada neck pocket
Sep 21 xx....siapa bole baca nih???
Nama A.Murillo lagi pada neck dan huruf GR
Kepada otai-otai yang terbaca artikel ini, silalah berikan info tambahan jika ada. Pandangan anda saya alu-alukan.

Orient M-Force

Aku jumpa jam ni kat kedai jam dekat rumah aku masa jalan-jalan cari pasal hujung minggu lepas. Aku pun tak tau sangat pasal jam ni tapi diripada aksinya nampak macam bagus aja...