
Siri kedua dalam keluarga Seiko Quartz. kali ni kita berkenalan dengan sebuah jam Seiko Spirit. Jam ni asalanya aku beli untuk abah tapi akhirnya aku jugak yang pakai.

Muka putih bersih dengan dial yang simple. Aku sukakan permukaan kasar pada dial. nampak macam model mahal aja.

Jam yang dibuat khusus untuk market Jepun ni semakin sukar ditemui. Ada peminat @ pengumpul jam yang suka jam yang kondisinya nampak lama tapi aku suka kondisi yang baru@segar...

Bracelet jam ni pun nampak ok aja. macam ala-ala oyster pun ada.

Pandangan biasa bagi jam quartz. Jelas sekali jam ni bukan untuk kegunaan ketika menyelam.

Bagi mereka yang dah terbiasa dengan jam-jam bersaiz besar, kadang-kadangnya agak janggal/kekok/tak dapat diterima akal bila mengenakan jam yang bersaiz kecil seperti ini. Tapi dulu memang beginilah kebanyakkannya saiz-saiz jam. Biarpan berkuasakan bateri dan mungkin tak bernilai di mata yang lain, Seiko Spirit ini tetap memberikan perkhidmatan yang memuaskan...
No comments:
Post a Comment