Jam yang bakal aku ceritakan ni ialah sebuah jam Seiko quartz atau orang biasa cakap jam bateri. Ramai beranggapan jam bateri satu pelaburan yang kurang bijak. Maklumlah dengan kos serendah RM10 tapi dijual dengan harga tinggi. Tapi aku tak memandang ke arah itu.
Jam paparan kali ini ialah dari jenis Seiko Silverwave quartz 8229 8000
Case taklah hebat sangat macam ala-ala Seiko 5 aja
Yang buatkan aku tak tido malam tu ialah sebab lambang quartz yang da lama pupus dari muka bumi. Kalau tak silap model yang agak baru ada lambang SQ
Jangan tanya kenapa date aku letak mode tulisan kanji...pergh baru nampak macam jam Seiko JDM
Dial silver yang bersih memang memukau...sesuai sangat dengan namanya, Silverwave
Dulu jam-jambegini dapat dibeli bawah RM100 di ebay...tapi sekarang jangan haraplah...
Kalau dah nak rosak...jam mahal ke, murah ke, rosaklah jugak. Bukan tak boleh repair...tapi berapa kerat sangatlah tukang jam yang ada sekarang ni. Tapi kalau setakat nak tukar bateri tak ada masalah kot...
Jam bateri Seiko atau seiko quartz ni ada banyak standarnya...yang lagi up skit kalau tak salah jenis twin quartz....ada jugak grand quartz, king quartz...macam jam auto dan manual jugak tahap-tahap dia...
Nak follow otai-otai kat Malaysia ni memang jangan haraplah boleh ikut... Kadang-kadang pening jugak...nak beli 1 jam bagus punya yang harga kaw-kaw atau beli jam biasa-biasa saja tapi dapat banyak....
Tapi Silverwave ni memang tak menghampakan. Masanya baik sekali dan bolehlah dibanggakan. Kepada yang belum ada, anda belum terlambat lagi...
Tahniah cikgu! Bukan senang nak dpt skrg jam ni
ReplyDeleteSalam Dr Dj. Kepuasan membeli jam murah tapi berkualiti berbeza dgn membeli jam mahal. Jam mahal banyak yg tersimpan dlm almari (sayang) tapi jam murah terus berbakti...
ReplyDelete