Friday, August 26, 2011

skx399 dengan tali Matterhorn


Setelah seminggu menunggu akhirnya tibalah tali jam yang aku tunggu-tunggu untuk dipadankan dengan jam Seiko skx399 yang aku terima minggu lepas. Mungkin ada yang tidak tahu tentang kewujudan skx399 ni. Aku pun secara kebetulan terbaca tentang skx399 di blog quartzimodo dan seterusnya jatuh cinta pandang pertama...

Nak diceritakan panjang lebar tentang skx399 rasanya dalam bloq quartzimodotu dah detail diceritakan biarlah aku cerita serba sikit tentang tali jam baru ni. Itu pun dari sudut estetik aja...

Aku ambil keputusan untuk membeli warna coklat gelap sebab merasakan sesuai untuk tema jam ini. kalau dulu aku pilih coklat terang kini coklat gelap pula. Untuk model ni band retainer nya boleh dilaras tapi agak sukar untuk masukkan hujung band sbab dia snug fit.

Dengan 2 baris jahitan tali jam nampak sedikit rock pada mata aku. Yang peliknya kali ini lubang kedua akhir cukup selesa untuk dipakai berbanding lubang satu pada tali skx007 aku yang lepas.

Tali jam yang tebal agak keras pada awal pemakaian dan agak sukar mengikut kontur tangan. Anda perlu bersabar kerana tali kulit mengambil masa untuk selesa dipakai. Tapi bila dah sedap...memang tak hingat

Perbandingan warna antara 2 warna coklat yang ditawarkan. Kedua-duanya ada kekuatan tersendiri... Setelah masuk kali kedua aku menggunakan tali jam Matterhorn ini bolehlah aku merumuskan bahawa tali jam ni sangat berbaloi dan baik kualitinya. Aku juga memutuskan untuk menganggap kedua-dua divers skx aku ni sebagai dress watch. Terima kasih kepada tali jam matterhorn yang berjaya mengatasi masalah saiz jam yang aku hadapi.
Kepada rakan-rakan yang sudi menyinggah di blog aku yang tak seberapa happening ni, aku ingin menyusun sepuluh jari jika ada salah dan silap atau terlanjur kata yang menyakitkan hati kalian tanpa atau memang disedari. selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Thursday, August 18, 2011

Divers lagi....


Aku jarang buat post tentang jam yang baru aku dapat tapi kali ini ada pengecualian sikit. Sebabnya aku malas nk bongkar jam yang ada untuk ambil gambar. Kebetulan pula sekarang ni bila petang aja hujan di tempat aku, bertambahlah malasnya aku nak buat sesi foto kat luar.

Balik dari kerja aku nampak ada bungkusan yang memang aku tunggu-tunggu dari minggu lepas. Saja aja aku buat tak tau. Pada hal hati tak sabar-sabar nak tengok isi kandungannya.

Aku sedia maklum kalian memang pro dan masak benar dengan model Seiko. Jam ni macam Seiko Bond tapi ada sedikit kelainannya. Jam ni sampai dengan tali getah tapi aku macam da sakit mata pulak dengan strap Z22 yang nampak macam besar tu. InsyaAllah dalam seminggu lagi aku akan buat post lagi tentang jam ni yang sudah lengkap bertali.

Kalau pandai teka lah model apa hehe ;)

Thursday, August 11, 2011

Matterhorn Enzo

Pada post terdahulu ada aku ceritakan tentang usaha aku menukar tali skx007. Sebabnya ialah aku baru saja menerima tali jam Matterhorn Enzo yang aku beli dari negara Gajah Putih semasa post tu dibuat. Lihat sajalah pada setem gajah yang tertampal pada sampul surat saiz A4 yang aku terima. Bila aku bukak sampul, perghh gempak siot... Ada 4 warna pilihan iaitu brown, dark brown, cream dan black. Aku pilih brown sebab aku suka brown hehe
Aku sebenarnya mendapat ilham setelah membaca artikel dalam bog thethicktack yang menjual seutas tali jam yang serupa tapi telah di "sold". Tanpa mengenal rasa lelah aku terus memburu dan menjumpainya ada dijual di ebay. Apa lagi zaassttt. Gambar di atas adalah perbandingan buckle tali jam dengan buckle tali-tali jam yang ada dalam simpanan aku. Besar kan??
Dua gambar di atas ni aku ambil secara tergesa-gesa. Angle pun mcm tak kena. Bagaimanapun tali kulit ni memang selesa dan lembut. Jika diperhatikan betul-betul lubang-lubang pada tali jam berbentuk empat segi dan agak unik sesuai sekali dengan stailnya. Sayangnya aku rasakan tali ini tidak begitu mesra kepada yang mempunyai ruas tangan yang kecil atau terlalu besar. Saiz tangan aku sekitar 7 1/4 inci ngam-ngam saja ditakuk lubang paling dalam. Kalau saiz tangan anda lebih kecil maka terpaksalah menebuk lubang. Tapi masalah juga timbul jika saiz tangan terlalu besar kerana baki hujung tali tidak dapat dimasukkan kedalam 'band retainer' :(
Skx007 kini tampil berbeza setelah dipadankan dengan tali Matterhorn ni. Besar kemungkinan gandingan ini akan aku kekalkan. Jika anda sukakan gandingan ini, sila angkat tangan :)

Friday, August 5, 2011

skx007 ... masih ada yang sayang

Selalu juga aku mencari idea mencari jam-jam baru dengan membaca blog-blog jam tempatan. Secra jujurnya aku tak pernah ambil pot langsung dengan model jam ni walaupun aku tahu kewujudannya sejak sekian lama sehinggalah aku terbaca artikel dalam blog walikad yang jual seiko monster beliau untuk dapatkan seiko skx007. Pelik juga. Hebat juga penangan skx007 pada hemat aku lalu macam biasalah bila dah hari-hari mengkaji tentulah aku terjatuh cinta jua. Akhirnya seutas seiko skx007 berjaya aku perolehi sekitar bulan Jun yang lepas.
Seiko skx007 ni masih lagi mudah diperolehi di kedai-kedai. Atau dengan lain kata lain, masih bersepah lagi. Mungkin sebab itu jugalah ianya tidaklah menjadi siulan peminat dan penggemar jam Seiko. Aku suka bercerita tentang jam di blog sebagai satu wadah aku melahirkan rasa gembira di samping bertukar-tukar info. Bukan senang nak cari rakan berbual yang sama minat. Kat rumah ni nasib baik bapak aku ada minat sikit-sikit pasal jam dapatlah aku borak-borak jam hehe...
Tapi harus diakui bukan semua orang tahu tentang jam. So dengan paparan yang aku buat ni sedikit sebanyak tentu dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari maklumat di luar sana.
Seiko skx007 ni bukanlah dalam kategori mahal atau lebih tepat lagi sederhana murah. Bila aku pakai di tangan memang tak dapat dinafikan kesedapannya. Dan yang lebih sedap lagi sebab dia tak mahal. Bagi aku yang bajet ciput ni kalau adalah pakai jam mahal nath-ntah orang cakap aku pakai jam kentang hehe. Antara faktor yang aku suka tentang skx007 ni ialah hour markers-nya yang bulat, nampak sedaplah mata memandang...sikit-sikit mirip macam Sumo dan Marimaster pun ada (perasan la tuh :)
Makin lama pakai makin bertambah sayang pulak aku dengan jam ni. Masanya pun ok. Dan aku pun tak mengharapkan sangat kejituan masa yang perfect bagi jam yang berharga sederhana seperti ini. Setakat ini belum lagi aku terpaksa membetulkan masa jam apabila aku sedang memakainya. Tapi bagi mereka yang sukakan jam terpakai tentulah sudah maklum bahawa jam-jam lama@terpakai tentulah tidak terjamin ketepatan masanya...
Gambar-gambar di atas aku sisipkan semasa aku dalam proses menukar tali jam. Eh! tukar tali jam? Biasalah bros, tukar tali aja yang aku pandai. Itu pun nak buat terkial-kial huhu. Mungkin dikesempatan lain aku akan paparkan tali pilihan aku untuk mat bond ni. Tunggu....
Sebagai penutup bicara, tentulah tidak sah kalau tak ada gambar luminous Seiko yang ultra popular tu. Luminous Seiko skx tidak sehebat luminous Seiko Monster tapi cukuplah untuk menerangi tidur anda sampai ke subuh. Seiko Skx007 ni ternyata popular sehinggakan terdapat model baru seperti Seiko Alpinist SARB059 dan SARB061 yang masih menggunakan body skx007 tetapi dipacukan dengan enjin 6R15 tapi dengan harga 3 kali lipat. Kadang-kadang pelik pun ada dalam banyak-banyak jam mahal, jam murah juga yang jadi pujaan. Anda bagaimana??