Sunday, March 25, 2012

Jam abang..... hensem lah


'Salam, tikar mengkuang sudah pon dibentang menunggu kehadiran enche sahkul'..begitulah antara ungkapan manis lagi berbaur ugutan sms yang dikirimkan oleh seorang sahabat kayuh yang da lama tak berjumpa pyang aku terima petang tadi. Katanya mintak datang untuk review sikit pasal jam dia. Banyak juga jam yang dihidangkan tapi biarlah aku mulakan dengan jam TAG Heuer Formula 1 200m Professional Grande Date kepunyaan beliau ni...Jam yang masih terasa bau-bau kedai ni sedikit kurang menonjol semasa dalam rumah tapi semakin menyerlanh bila di luar. nanti aku akan ceritakan....

Bagi aku yang selalu bergelumang dengan model-model Seiko, bila tersentuh saja dengan model Swiss ni agak lain sikit kimia nya. Mujurlah bracelet besi yang melekat dengan model TAG ni ada ala-ala bracelet president maka kuranglah sikit tekanan buat aku... Jam agak berat sesuai dengan harganya itulah impresi pertama aku :)

Nah, bila saja diletakkan di atas rembesan air hujan, maka terkeluarlah aura jam ni. Dialnya yang hitam serta satu tingkap sub-second memanglah satu kombinasi yang menarik. Perhatikan nombor 25. Di situlah letaknya kedudukan haribulan. Nampak besar lagi garang sesuai dengan namanya Grande Date.

Aku juga secara tak langsung di school kan oleh rakan aku pasal jam TAG nih. Takpa lah, janji ilmu aku izinkan. Tambahnya lagi, bezel model TAG ni adalah SS tapi telah di plated-kan dengan black titanium Carbide (bunyi macam bom tapi jangan bimbang kerana ianya tidak berbahaya) di mana nombor-nombornya pula sedikit terangkat dan digosok dengan berus halus. Jam TAG model lama dari plastik. Tulisan TAG Heuer pada case juga di engraved dan menambahkan seri pada jam.... sesuai sangat untuk buat diraba-raba sebelum tidur :)

Jam ni bersaiz 44mm tapi kelihatan tidak keterlaluan besar pada tangan tuannya (berat -70kg). Walaupun aku tak rakam wahjah tuannya tadi kerana sibuk fokus dalam cuaca mendung, aku penuh yakin senyumanya sampai ke telinga.

Dan gambar di atas inilah yang aku maksudkan tadi, jam lebih menonjol apabila berada di luar rumah. Ditambah lagi dengan combinasi group set basikal Shimano XTR 10 speed, memang berhantu....

Crown jam pula jenis screw down dengan crown guard sangat menarik dengan logo TAG serta sangat selesa digentel. Jam berenjin quartz Ronda Swiss ni juga boleh bertahan bateri sampai 3 tahun turut tidak ketinggalan dilengkapi dengan cermin sapphire. Jarum jam dan beberapa bahagian dial jam turut disapu dengan superluminova. Walaupun begitu hebat bunyinya tetap tak dapat menyamai kehebatan luminous Seiko seperti yang diakui sendiri oleh pemiliknya....

Tambah beliau lagi, jam ni dibeli sebagai mengingati detik-detik manis beliau bersam jam TAG Heuer beliau yang yang pernah hilang suatu masa dulu. Kepada yang berminat dengan jam TAG, jam yang aku review pada kali ini adalah antara model entry level TAG yang ada dalam pasaran. Seperkara lagi aku akan mula menambah label Jam orang sebagai penunjuk yang jam tersebut orang lain yang punya :)

Wednesday, March 21, 2012

Jam lelaki karat

Akhirnya dapat juga aku berpeluang untuk menceritakan serba sedikit tentang jam lelaki karat a.k.a man in rusty. Jam G Shock Frogman berkuasa solar ni memanglah menjadi igauan mimpi aku sedikit masa lalu.
Bagaikan tak cukup syarat kalau minat G Shock tapi tak memiliki model lelaki katak
Walaupun G Shock terkenal dengan perangainya yang suka ubah-ubah warna penampilan pada jam yang sama, model lelaki karat ni agak menarik kerana kombinasinya band dan dialnya yang agak menarik. Katanya sesuai untuk tujuan stealth. Hebat betul bunyinya :)
Bukannya sebab aku tak sayang tapi mungkin aku dah jemu agaknya, maka jam ni telahpun selamat sampai ke pangkuan tuan barunya di Selangor semalam.
Semoga jam lelaki karat ni terus berkhidmat dengan baik sepertimana ia berkhidmat untuk aku dahulu. Seperkara lagi aku akan mula meletakkan label SOLD pada arkib blog ni sebagai satu catatan kenangan jam-jam yang pernah aku jual sebelum ini..... Bye-bye sayang

Saturday, March 17, 2012

Retak


Jam Parnis yang dibeli kira-kira 2 tahun lepas dari ebay China akhirnya mencederakan dirinya sendiri dengan terjun dari tempat tinggi... (kurang perhatian agaknya) :(

Saturday, March 10, 2012

Apa yang ter tinggal


Terlupa? Memanglah sebahagian daripada vocab harian kita. Jamseh berkesempatan merakamkan aksi-aksi manis Rolex kepunyaan Pak Cik aku yang tak berapa tua tu. Mungkin kealpaan beliau menyembat naik ikan unga 2kg tempohari sampai terlupa seketika pasal jam kesayangannya tu...

Beginilah lagaknya bila aku sarungkan di tangan. Jelas sekali braceletnya agak besar sesuai dengan pak cik aku bersaiz XL haha

Enjin pacuan auto memang sedap dipakai berbanding manual kerana crown rolex yang jenis screw in. Lama-kelamaan kalau asyik winding sudah tentu boleh mengakibatkan kerosakan....

Panjang lebar betul di telefon aku sejurus menyedari yang dia tertinggal jam ni cuti sekolah lepas. Itu pun dah dekat KL baru dia teringat. Takut betul dia kalau aku melaram dengan jam ni. Kebetulan pula cuti sekolah dah pun bermula makanya aku amik kesempatan shoot gambar sekeping dua untuk bahan blog. Lagipun bukan senang nak jumpa Rolex. lain lah jam Seiko hehe....

Sempat juga aku rakamkan kehebatan luminous Rolex bagi yang belum berkesempatan melihatnya

Nak dipendekkan cerita yang panjang, lagipun pengetahuan aku pada jam Rolex ni memang tahap pre-school, so tak adalah aku huraikan secara teknikal. Cukuplah sekadar gambar-gambar kenangan buat pencuci mata yang mengantuk.... wallahualam

Saturday, March 3, 2012

Bobo G Shock

Bobo memang pandai mengayat, sampai aku termakan jua pujukannya melepaskan G Shock kesayangan. Mula-mula dipinangnya DW6600 police Fox Fire. Lepas tu pelan-pelan dia memujuk aku lepaskan DW6900 Fox Fire. Aku pulak memang mudah sangat termakan pujuk dan rayuan. Tapi tak mengapalah sebab aku tahu jam-jam tu kini berada bersama pemilik baru yang dapat menjaga dan menyayanginya...
Dalam pada tu sempat pula dia tanyakan jika aku tau sapa-sapa yang ada bezel riseman untuk gantikan bezel jam dia yang da retak. Langkah menyelamat sementara ialah menyapukan gam pada tempat tersebut. tapi macam biasalah, bila jam dah retak sikit mulalah hati tak keruan. Tidur tak lena, makan tak lalu. Bukan tak ada duit, tapi replacement bezel riseman mana nak cari. Adoiiii