Saturday, March 10, 2012

Apa yang ter tinggal


Terlupa? Memanglah sebahagian daripada vocab harian kita. Jamseh berkesempatan merakamkan aksi-aksi manis Rolex kepunyaan Pak Cik aku yang tak berapa tua tu. Mungkin kealpaan beliau menyembat naik ikan unga 2kg tempohari sampai terlupa seketika pasal jam kesayangannya tu...

Beginilah lagaknya bila aku sarungkan di tangan. Jelas sekali braceletnya agak besar sesuai dengan pak cik aku bersaiz XL haha

Enjin pacuan auto memang sedap dipakai berbanding manual kerana crown rolex yang jenis screw in. Lama-kelamaan kalau asyik winding sudah tentu boleh mengakibatkan kerosakan....

Panjang lebar betul di telefon aku sejurus menyedari yang dia tertinggal jam ni cuti sekolah lepas. Itu pun dah dekat KL baru dia teringat. Takut betul dia kalau aku melaram dengan jam ni. Kebetulan pula cuti sekolah dah pun bermula makanya aku amik kesempatan shoot gambar sekeping dua untuk bahan blog. Lagipun bukan senang nak jumpa Rolex. lain lah jam Seiko hehe....

Sempat juga aku rakamkan kehebatan luminous Rolex bagi yang belum berkesempatan melihatnya

Nak dipendekkan cerita yang panjang, lagipun pengetahuan aku pada jam Rolex ni memang tahap pre-school, so tak adalah aku huraikan secara teknikal. Cukuplah sekadar gambar-gambar kenangan buat pencuci mata yang mengantuk.... wallahualam

6 comments:

  1. wah semua org sudah demam rolex skrg... you got any seiko for sale ? :)

    ReplyDelete
  2. All time classic tu, boleh buat aset :)

    ReplyDelete
  3. Adr... Rolex ni bukan I punya bro. Dun worry. Rasanya ada jg sebiji dua nk lepaskan. Why?? U got any model in mind. hehe :)

    ReplyDelete
  4. Wali... Belum lg aku nk berangan rolex bro. Aku ni level Seiko aja. Wish list kt kepala skrg ni pn mula dgn huruf S dan berakhir dgn huruf O...Haha

    ReplyDelete
  5. Hehehe...tapi bullet ko memang terbaik bro. Untung ko beli dan simpan

    ReplyDelete
  6. Wali...Da rezeki aku agaknya bro... lama jam tu melepak kt kedai x ada yg amik peduli pun. Model2 baru Seiko enjin 4r3x pn boleh tahan cun ....

    ReplyDelete