'Salam, tikar mengkuang sudah pon dibentang menunggu kehadiran enche sahkul'..begitulah antara ungkapan manis lagi berbaur ugutan sms yang dikirimkan oleh seorang sahabat kayuh yang da lama tak berjumpa pyang aku terima petang tadi. Katanya mintak datang untuk review sikit pasal jam dia. Banyak juga jam yang dihidangkan tapi biarlah aku mulakan dengan jam TAG Heuer Formula 1 200m Professional Grande Date kepunyaan beliau ni...Jam yang masih terasa bau-bau kedai ni sedikit kurang menonjol semasa dalam rumah tapi semakin menyerlanh bila di luar. nanti aku akan ceritakan....
Bagi aku yang selalu bergelumang dengan model-model Seiko, bila tersentuh saja dengan model Swiss ni agak lain sikit kimia nya. Mujurlah bracelet besi yang melekat dengan model TAG ni ada ala-ala bracelet president maka kuranglah sikit tekanan buat aku... Jam agak berat sesuai dengan harganya itulah impresi pertama aku :)
Nah, bila saja diletakkan di atas rembesan air hujan, maka terkeluarlah aura jam ni. Dialnya yang hitam serta satu tingkap sub-second memanglah satu kombinasi yang menarik. Perhatikan nombor 25. Di situlah letaknya kedudukan haribulan. Nampak besar lagi garang sesuai dengan namanya Grande Date.
Aku juga secara tak langsung di school kan oleh rakan aku pasal jam TAG nih. Takpa lah, janji ilmu aku izinkan. Tambahnya lagi, bezel model TAG ni adalah SS tapi telah di plated-kan dengan black titanium Carbide (bunyi macam bom tapi jangan bimbang kerana ianya tidak berbahaya) di mana nombor-nombornya pula sedikit terangkat dan digosok dengan berus halus. Jam TAG model lama dari plastik. Tulisan TAG Heuer pada case juga di engraved dan menambahkan seri pada jam.... sesuai sangat untuk buat diraba-raba sebelum tidur :)
Jam ni bersaiz 44mm tapi kelihatan tidak keterlaluan besar pada tangan tuannya (berat -70kg). Walaupun aku tak rakam wahjah tuannya tadi kerana sibuk fokus dalam cuaca mendung, aku penuh yakin senyumanya sampai ke telinga.
Dan gambar di atas inilah yang aku maksudkan tadi, jam lebih menonjol apabila berada di luar rumah. Ditambah lagi dengan combinasi group set basikal Shimano XTR 10 speed, memang berhantu....
Crown jam pula jenis screw down dengan crown guard sangat menarik dengan logo TAG serta sangat selesa digentel. Jam berenjin quartz Ronda Swiss ni juga boleh bertahan bateri sampai 3 tahun turut tidak ketinggalan dilengkapi dengan cermin sapphire. Jarum jam dan beberapa bahagian dial jam turut disapu dengan superluminova. Walaupun begitu hebat bunyinya tetap tak dapat menyamai kehebatan luminous Seiko seperti yang diakui sendiri oleh pemiliknya....
Tambah beliau lagi, jam ni dibeli sebagai mengingati detik-detik manis beliau bersam jam TAG Heuer beliau yang yang pernah hilang suatu masa dulu. Kepada yang berminat dengan jam TAG, jam yang aku review pada kali ini adalah antara model entry level TAG yang ada dalam pasaran. Seperkara lagi aku akan mula menambah label Jam orang sebagai penunjuk yang jam tersebut orang lain yang punya :)
Trima kaseh atas review enche..
ReplyDeleteReview yg santai, dan gambar2 yang buat aku geram :p Cantik Tag ni, berkarekter macho sungguh
ReplyDeleteEnche Megat...velcome to the club...ssuai sgt laa join kami nih, topi enche pun ngam dgn tema kita... :)
ReplyDeleteBtul tu enche Wali...sekali sekala pegang jam swiss mmg terasa lain... dpt review pn jadilah :)
ReplyDeleteHour & minute hand jam ni yg skeleton mengimbas saya kembali pd group set super record skeleton yg menjadi kegilaan pelumba roadies sedikit masa lalu...begitu lah setiap jam ada cerita nya :)
ReplyDeleteMegat... bila awak cakap pasal super record, baru saya teringat mmg keunikan super record kerana skeletonnya... barangkali dengan adanya skeleton ini, mengurangkan penggunaan minyak engin utk menggerakkannya. Tak masuk geng2 roadiah, dpt pakai jam ala2 roadiah pun jadilah :)
ReplyDelete