Friday, July 29, 2011

Lumpy Watchadoo


Minggu ni sebenarnya banyak benda menarik untuk post tapi aku tengok semuanya macam berkabung aja...senyap, sepi. Tak mengapalah ya, mari kita teruskan. Antara perkara pertama yang selalu bermain di fikiran aku semasa mendapatkan jam Seiko OM (kuning) ialah bracelet yang macam mana sesuai dikenakan. Setelah puas memilih akhirnya aku memilih bracelet yang dijual oleh Watchadoo dari Australia. Korang mungkin pernah dengar nama ni. Nama lain bagi bracelet ni ialah lumpy. Aku pun sebenarnya agak cuak jugak sebab aku memilih mel biasa saja untuk penghantaran, maklumlah pos berdaftarnya terlalu mahal untuk aku tanggung.... Lega akhirnya setelah hampir 10 hari tibalah ia dibawa terbang oleh seekor burung ke sini.

Sekarang ni kalau tak silap ada tiga jenis lumpy dari Watchadoo, Brushed, Polished dan Sandblasted. Untuk opsyen terakhir tu memang gerek seh tapi duit pulak masalahnya. Boleh tahan juga cara Watchadoo pos barang, nampak kemas dan professional. Aku memilih brus sebab merasakan lebih sesuai untuk Monster...

kali pertama aku pegang tali lumpy Watchadoo memang terasa auranya.
Pembelian juga disertakan 2 fat spring bar untuk dipakai bersama bracelet. Apa yang menariknya, usai saja aku membeli lumpy dari Watchadoo, Walikad ada sebut tentang anvil bracelet. Rupa-rupanya ada lagi satu seller yang jual bracelet yang agak sama tapi berbeza sedikit. Bracelet dari Yobukies (HK) boleh dicerai-cerai kesemuanya serta claps yang ada tertera tulisan Seiko. Yang ni plain aja...

Sempat juga aku rakamkan gambar perbezaan spring bar gemuk dengan
yang kurus. Barangkali kalau pakai yang kurus akan terasa sedikit goyang pada lug... Aku pernah terbaca harga untuk fat spring bar ni lebih kurang USD4.

Beginilah kesan akhir Seiko OM aku setelah dikenakan tali lumpy Watchadoo. Bolehlah dikatakan pembelian ini amatlah bertepatan dan sesuai sekali. OM kelihatan lebih segak dan tampil penuh bergaya. Bagi mereka yang sedang mencari-cari strap atau bracelet untuk Seiko Monster, cubalah lumpy. Anda tentu menyukainya...

Update 30 Julai 2011..
Gambar-gambar wrist shot di bawah ada yang aku ambil dengan atau tanpa flash

Sunday, July 24, 2011

Klasik G

Pernah satu masa dulu aku mabuk jam G Shock. Aku tau ramai peminat G Shock di luar sana. Sekarang G Shock lebih dikenali dengan warna warni dan features-nya yang pelbagai. Pernah aku beli sampai 3 dalam sekali pembelian. Dan koleksi G Shock aku pernah sampai 35 buah pada masa tu. Masa berubah dan aku pun turut berubah. Begitu jugalah minat terhadap jam G Shock turut berubah bila dah terlalu banyak sangat G Shock dipasaran. Aku rasa seperti tidak dihargai lalu sedikit demi sedikit aku kurangkan koleksi dan kini hanya tinggal 8 ketul yang masih lagi bersama.
Salah satu model model G Shock yang masih aku simpan ialah dari keturunan DW-5600C yang aku perolehi sekitar Disember 2008 adalah antara keluaran terawal keturunan DW-5xxx. Model-model terawal 5xxx dapat dikesan dengan mudah daripada penutup module jam. Yang awal daripada jenis screwback manakala yang baru diikat dengan 4 skru kecil pada 4 penjuru. Bagaimanapun ianya tidaklah menjejaskan ketahanan jam tapi bagi aku ianya sesuatu yang unik yang dapat membezakan yang baru dan yang lama. Model terawal jam ni menggunakan module 691. Selain itu juga dapat dikesan perbezaan seperti permukaan yang kasar pada caseback 901, manakala 691 licin.
Gambar di atas menunjukkan perbezaan ketebalan jam. Di sebelah atas adalah daripada module 1545 dan di bawahnya ialah dari module 901. Jelas sekali jika ingin menukar bezel, 5600C tidak boleh menggunakan bezel model baru. Maka disebabkan ini juga terpaksalah aku menangguhkan dahulu hasrat untuk mencari bezel dan tali baru. Biarlah nampak lusuh ditelan masa, padahal duit yang tak ada haha...
Jam yang pernah berlakon dalam filem Speed 1994 lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock turut dilengkapi lampu tetapi bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan. Lampu jenis LED ni tak banyak membantu langsung, sekadar buat ada-ada saja. Tapi ada peminat yang kata unik...
Jam G Shock lama ni boleh juga dikenali melalui dial jam jika diperhatikan betul-betul. Kalau dapat yang tulis 20bar lagi rare sebab katanya dari model JDM. Selain itu juga tali jam model ini juga ada bentuk kotak pada lubang buckle.
Bagi yang tidak ke arah jam digital tentulah cerita kali ini tidak membawa apa-apa makna. Memang diakui jam-jam G Shock semakin berlambak di pasaran. Namun peluang untuk memperolehi model-model awal G Shock semakin sukar dan ianya mula mendapat perhatian di kalangan peminat jam G Shock. Walaupun jam ini tidak lagi aku gunakan tapi memilikinya membuatkan aku bahagia. Jam ni tidaklah mahal walaupun berstatus klasik (bagi yang sewaktu dengannya). Satu perkara lagi kotak hexagon G Shock dalam paparan barangkali lebih sukar diperolehi daripada jam, entahlah...

Thursday, July 21, 2011

orange.....


Kadangkala benda yang kita paling tak suka tu lah yang menghiasi hidup kita. Dulu bila tengok Seiko Monster sakit betul mata aku. Aku pun tak faham kenapa orang suka sangat dengan model monster. Akhirnya atas dorongan dan kata-kata manis di dada-dada blog yang selalu aku lawati, aku pun mencuba nasib dengan membeli sebiji orange monster. Nah, amik kau ubat. Jam yang dulu aku meluat tengok kini tak sah kalau aku tak belek dalam sehari. Nak dipendekkan cerita yang panjang, aku tersua dengan sebiji Orange Monster yang agak pelek sikit dipaparkan di dalam salah satu blog jam terhebat di Malaysia. Tertulis di situ Not For Sale. Personal Collection. Empat malam aku tak bole tido. Siot betullah...

crystal ... 2003 , 2010
Macam biasalah aku hulurkan kiriman sms berbaur ayat-ayat cinta meminang si cantik manis. Tak sangka pula pinangan aku diterima. Berdebar ada, suspen pun ada, maklumlah benda pelek. Tapi dari reputasi blog jam ni memang tak mainlah jual barang-barang kentang. Bila memikirkannya hati aku mula kembali lega. Setelah menyimpan gambar-gambar jam ni dengan agak lama, barulah kini aku rasa bersedia berkongsi gambar-gambar yang aku rakamkan sedikit masa lalu untuk rujukan dan pandangan. Terimalah...

Upper Dial ... 2003 , 2010
Tulisan nombor 20 pada date memang serupa terutama kaki nombor dua yang agak sengat. Untuk model 2003 day-nya menggunakan tulisan arabic, manakala 2010 spanish

Lower dial ... 2003 , 2010
Lekukkan pada bezel berhampiran nombor 30 pada bezel tidak dapat dipastikan. Selain itu yang nampak paling ketara perbezaan ialah minute chapter yang agak kekuningan, dial jam juga agak pudar... Tak kan pulak ada yang semata-mata nak buat chapter ring kuning.

Bila aku hendap dan aku cium macam ada persamaan. Jarum jam tidak menampakkan perbezaan...

2010 ......... 2003
Aku pernah tengok caseback jam monster tiruan yang di paparkan dalam forum-forum. Cuma model 2003 agak berbeza ombak tsunami nya agak tajam. Tapi tak keterlaluan perbezaannya.

Caseback ... 2003 , 2010

Sudut sisi ... 2010 , 2003
Dari pandangan tepi model 2003 ni casing bawahnya agak berkilat berbanding model 2010. Ada kemungkinan telah dipolish kerana terdapat lebihan seperti habuk autosol di celah-celah bezel semasa aku membersihkannya... Crown juga dari jenis screw lock seperti biasa.

Luminous ... 2010 , 2003
Ada pendapat mengatakan paling senang melihat perbezaan monster yang original dengan tiruan ialah melalui cahaya luminous jam tersebut. Kedua-dua jam telah didedahkan kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang sama dan dibiarkan beberpa ketika untuk diambil gambar. Nampak tahap luminous kedua-duanya seimbang.

Jam Seiko vintage memang sukar dicari tetapi Seiko Monster daripada keluaran awal tahun 2000 juga semakin jarang ditemui. Cuma kadang-kadang bila aku mengusap-ngusap Seiko Monster kuning ni aku selalu mencari perbezaan. Aku dah tak sanggup lagi menyimpan persoalan ini. Barangkali gambar-gambar di atas ada menyimpan seribu rahsia...

Jangan biarkan diri dan keluarga anda diselubungi misteri...

Sunday, July 17, 2011

Selamat tinggal cinta - episod 1

Dulu 6105 811x ni sering memenuhi ruangan minda dan fikiran. aku Pejam mata ingat 6105, tutp mata mimpi 6105. Habis semua orang yang ada jam ni kat Malaysia aku pujuk supaya jual pada aku. Kalau tak percaya tanyalah Dr DJ. Ada yang sayang ada yang kata baru jual...aaahh macam-macamlah. Akhirnya atas berkat kesungguhan dan kesabaran aku berjaya memperolehi sebiji daripada seberang laut...
Patutlah ramai yang jadi gila @ mabuk dengan model hebat dari Jepun ni. Semuanya perfect. Dari segi casing, bezel, saiz dan hands semuanya masuk akal. Jam yang aku dapat ni dial masih lagi original. Bagi sesetengah peminat mahukan yang semua ori tanpa sedikitpun kesan-kesan baik pulih. Aku pula lebih senang dengan model-model yang telah di refurbish nampak lagi sedap di mataku...
Model yang aku dapat dari keluaran 6105 8119.
Pernah tak baca post aku pasal bungkusan dari kanada. Jauh betul aku cari tali yang sesuai nak dikenakan dengan jam hebat ni. Cuba tanya Walikad jenuh tak tunggu...Memang terbaiklah tali ni. Lembut , sedap, hebat, melakat..tak hingat..
Walaupun saiz jam agak besar namun tak kelihatan begitu besar jika dikenakan di tangan. Ciri-ciri vintage memang menyerap ke dalam diri bila mengenakan jam hebat ni. Bagi yang memilikinya tentu tahu apa yang aku maksudkan...
Sudah menjadi kebiasaan aku kalau ada jam-jam yang baru aku dapat akan aku rakamkan aksinya. Tapi yang ini belum sempat lagi aku post dalam blog, jam kesayangan ini terpaksa aku lepaskan. Betul bro gua tak tipu... Kenangan saat manis yang sempat aku rakam ini hanya tinggal kenangan. Walaupun saat-saat manis kita tidak lama namun akan aku kenang sampai bila-bila.....

Thursday, July 14, 2011

Seiko yang kelabu


Lama juga jamseh tak ada post-post terbaru. Aku ingat nak buat post setiap Sabtu tapi hajat terpaksa dilupakan lantaran tangan dah mula rasa gatal-gatal halus nak menulis. Minggu ni memang sibuk banyak hasil kesinambungan daripada minggu lepas. Pagi tadi kebetulan aku jumpa kawan lama Wan yang hendak mengambil anaknya pulang kerana demam. Masa beliau sedang mengisi maklumat pada buku keluar aku terpandang jam yang seakan-akan aku kenal. Seiko tu bro. Atau lebih tepat Seiko 5 100m .Walaupun selalu terlihat di internet tapi aku belum pernah tengok secara live. Yang buat tak seronoknya bila jam Seiko tu berkabus pada crystal. Memang sah masuk air.

Bagi ramai orang, mengenali jenama Seiko sudah cukup baik. Tak payahlah nak cerita pasal enjin, siri model atau macam-macam lagi. Biasanya janji cantik ok aja. Aku tanya kenapa boleh jadi macam ni. Katanya jam ni biasanya beliau gunakan semasa turun mengail. Biasalah cuci-cuci tangan sikit dengan air masin. Tapi taklah sampai pernah terjun laut pulak dengan jam ni.

Kalau dipandang dari sudut berbeza agak serius juga kes masuk air ni. Aku pun tak boleh komen panjang-panjang. Katanya dia tak pernah usik-usik crown. Marilah kita renung-renungkan kejadian di atas dan mencari pedoman dan teladan darinya.

Berikut adalah panduan ringkas bagi pengguna jam-jam Seiko yang berkaitan dengan water resistance. Maklumat ini diambil daripada buku biru panduan Seiko Worldwide Guarantee And Instruction...

Sila semak tulisan pada bahagian jam
1. Non-water resistance = jangan sekali-kali cuba mendekati air. Jika terkena, silalah hantar ke ER Seiko Servis yang berhampiran.
2. Water resistance 3 bar = hanya mampu tahan percikan air atau hujan. Tidak sesuai untuk mandi atau berenang
3. Water resistance 5 bar = sesuai untuk mandi, berenang atau berperahu layar
4. Water resistance 10/15/20 bar = sesuai untuk mandi, selaman cetek, tapi bukan untuk Scuba dive.

Jika jam anda mampu berbuat demikian sila pastikan...
1. Crown bertutup rapat sebelum terkena air
2. Jangan gerakkan crown semasa mandi atau bersyampu (cubaan untuk mewangikan jam)

Jika anda ingin membuat Scuba diving (is a form of underwater diving in which a diver uses a scuba set to breathe underwater) , silalah gunakan jam yang ada tulisan Divers atau carilah jam yang ada perkataan Scuba pada muka jam.

Maklumat di atas bukanlah rekaan. Sila rujuk buku biru Seiko kepunyaan anda. Selamat menyelam.

Saturday, July 9, 2011

Tropic Sport pengubat hati

Mood nak menulis dalam seminggu ni agak malap, terutama bila terbaca cerita-cerita pasal pasaran lembab dan macam-macam lagi. Begitulah lumrah dunia, kadang kala kita di atas ada kalanya di bawah. Minggu ni boleh dikategorikan kategori perit juga buat aku. Pulang dari kerja tempohari tiba-tiba bunyi kereta Proton Saga aku bunyi lain macam aja. Macam bunyi 3 cylinder pun ada. Ahh, mungkin kena tukar plug baru agaknya.... Sambil memandu kereta yang tersengut-sengut terbayang pula cerita Detik12 yang mengkagumi diri dengan bergaya sakan dengan Ti Sammy di bengkel. Macam biasalah mintak pomen tukar plug. Bila start enjin kereta masih macam tu juga. Sudah. Apa lagi, baraiiiii ......
Tak tau apa nak cakap bro. Kereta pun da boleh masuk mengundi tahun depan. Cuma yang sedap sikit apek pomen tu bagi compliment sikit tentang enjin aku. Katanya piston Mitsubishi. Patutlah selama ni aku bawak laju semacam aja kereta ni. Mood nak amik gambar jam macam Detik12 dengan enjin nampaknya terpaksa dilupakan. Balik aja lah. Kereta pun bukan boleh siap kalau aku tunggu.
Sampai saja di rumah terlihat bungkusan poslaju atas meja. Aku biarkan dulu, perut pun lapar. Selesai makan aku buka perlahan-lahan bungkusan. Memang buka bungkusan pos menjadi salah satu kegemaran bagi aku. Tali Tropic Sport yang dibeli dari Kunci Jam dah pun tiba.
Memang sedap. Lembut tak seperti rubber seiko. Swiss made pulak tu. Tropic ni saiz 19mm tapi buat masa ni aku tak ada lagi jam yang lug saiz tu. Tak apa, beli dulu untuk kemudian hari.
Ada tulisan water proof pada hujung band
Aku ada juga buat survey. Tali tropic ni da semakin pupus dari muka bumi. Barangkali kalau otai otai jam mungkin ada simpan lagi tali-tali jam ni. Barang diingat, jika saiz tangan anda besar, tali ini tidak begitu sesuai kerana talinya tidak panjang.
Yang buat tak sedapnya, aku perlukan satu Swiss divers yang lug saiz 19mm. Bukan tak boleh pakai dengan jam Jepun tapi macam tak ada roh pulak hehe. Sekarang ni aku pakai tali ni dengan monster. Haha memang gila. Tak apalah buat masa ni tempoh bertenang dulu. Kereta pun da selamat sampai di rumah. Biarpun pembelian kali ini agak kecil tapi cukup untuk menghiburkan hati yang lara.