Lama aku simpan cerita pasal jam ni. Rasanya semua peminat jam di luar sana sudah tahu jam apa yang aku maksudkan. Tak lain tak bukan, Seiko Sumo. Gambar-gambar yang aku hidangkan kali ini juga merupakan antara gambar-gambar terakhir perkhidmatan kamera Panasonic Lumix DMC-FZ28 yang sangat berjasa kepada aku.
Aku pun tak tahu nak cerita dari sudut mana. Dari bahagian jam atau kamera Lumix. Pada aku kedua-duanya hebat. Cuma yang tak sedapnya jam masih ada tapi kamera dah aku jual. Sampai sekarang ni pun kalau korang perasan dalam post-post kat blog aku akan kelihatan daun sirih ataupun objek seperti kayu atau besi buruk. Aku sukakan kontras warna yang terhasil membuatkan gambar kelihatan lebih bersemangat. InsyaAllah dalam post-post akan datang aku akan tunjukkan lokasi di mana aku suka buat penggambaran.
Seperti mana yang ditunjukkan pada dial jam adalah 17hb. Ya, memang betul gambar ini dirakam sekitar 17hb April yang lepas. Antara fakta menarik tentang jam ini juga ia adalah jam Seiko divers aku yang ke-tiga selepas Seiko bullet (orange) dan Seiko Samurai. Demam divers terus merebak sampailah sekarang selepas aku memiliki jam ini. Fakta lain yang anda patut tahu ialah aku dah jual Seiko bullet dan Seiko Samurai.
Jam yang berkaliber 6r15 ni terus memanggil-manggil namaku bila pertama kali aku lihat. Sebetulnya minat pada jam memang dah bertapak lama tapi yang peliknya minat pada Seiko baru mula bercambah sekitar bulan Mac tahun ni. Alangkah baiknya jika minat aku pada jam divers bermula awal 5-10 tahun yang lepas semasa harga jam masih lagi dalam kategori mampu milik dan berpatutan. Jam-jam model JDM ni bukannya tak ada tapi harganya secara konsisten naik tu yang tak berapa sedap....
Jam Seiko Sumo ni kalau ikut pasaran antarabangsa adalah dalam kelas JDM pertengahan bawah. Dan dengan tali getah jelas sekali jam Sumo milik aku ni adalah paling murah jika dibandingkan dengan adik beradiknya yang muka hitam mahupun muka biru. Walaupun begitu aku lebih cenderung memilih warna oren kerana kelihatan lebih garang, sporty dan kadang-kadang terlampau.
Secara fizikalnya jam ni memang besar, tebal dan berat. Nak kata sedap sangat pakai pun biasa-biasa saja macam pakai jam-jam lain juga perasaannya. Memandangkan saiznya yang besar dan tebal, kebarangkalian untuk terhantuk tu memang besar tapi kepada yang memilikinya tentulah pandai menjaga. Satu perkara menarik tentang jam ni juga ialah crown-nya yang bertanda 'S' serta warisan jarum ala Seiko 6105 tu memang memang menawan keluarga bahagia....
Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan aku sangat berpuas hati dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan untuk memiliki jam ini. Bagi yang masih memasang impian teruskanlah cita-cita anda tapi adalah lebih baik jika mencuba dahulu kerana saiznya yang agak sasa. Jam yang masih ada pengeluaran ini hanya menunggu masa untuk menjadi lagenda bila pengeluarannya dihentikan. Apa lagi zaaaaaassssssttttt :)
SOLD - 11/03/2013