Wednesday, December 28, 2011

Swatch Kidrobot Love Song

Adik aku balik beberapa hari sempena exam week (weak). Tak sangka pulak dia bawak sebiji Swatch. Aku secara peribadi belum pernah dalam sejarah hidup pakai jam Swatch. Walaupun pernah suka masa sekolah (1985) dulu tapi tak pernah jadi kenyataan. Bila kebanyakan kedai jam yang aku singgah tak lagi update model baru Swatch, lama-kelamaan jenama ni macam terus terdelete dari hard disk aku sehinggalah petang tadi....
Muenurut adik aku (perempuan), Swatch kerap juga buat model yang ada kolaborasi dengan designer-designer atau artist top. Model yang aku tunjukkan ni adalah dari model Kidrobot Love Song GE232. Kotak plastik jam tercetak perkataan Kidrobot dan Swatch yang lut cahaya.
Kalau dilihat dari segi bungkusan memang hebat dan penuh artistik. Mungkin mata-mata tua tak berapa bekenan dengan model-model macam ni tapi aku yakin penuh ramai remaja yang gemarkannya. Tak kurang daripada 5 helai kertas bercetak turut disertakan buat bacaan pembeli yang suka membacanya lebih daripada membaca atau mentelaah pelajaran haha.
Jam Swatch ni turut disertakan dengan sebuah anak patung kidrobot. Jam ini mula dijual sekitar RM2xx di kedai-kedai jam tempatan seawal September lepas. Jam yang datang lengkap dengan kotak display yang menarik ni nampaknya lebih sesuai dipamerkan berbanding jika dipakai...
Salah satu ciri menarik yang dapat dikesan pada model Swatch kidrobot ni ialah pada kaki robot turut tercetak jenama kidrobot. Juga pada buckle band telah diletakkan satu pelapik yang berfungsi sebagai penyambung antara dua tali. Ini bertujuan mengelakkan cetakan pada tali jam tidak terhakis akibat daripada geseran.
Gambar dari sudut belakang jam yang simple.
Ada 8 model Kidrobot untuk dikumpul termasuk sebijik lagi yang agak rare sikit di mana model ini tidak dimasukkan dalam katelog. Nampaknya banyak jenama-jenama jam yang mengeluarkan model-model terhad untuk ditimbang-timbangkan jika sesuai dijadikan koleksi hujung tahun ni. Selamat menimbang-nimbang mana yang patut....

8 comments:

  1. swatch..jam kegilaan zaman sekolah asrama dulu...ramai gak yang pakai

    ReplyDelete
  2. syila...kalau jual jgn lupa bg komisen ye :)

    ReplyDelete
  3. wali... aku tak berpeluang nak pakai sebab masa tu pakai Seiko dan Orient aja kalau tak silap...

    ReplyDelete
  4. bro any idea kat mana jam kidrobot ni ada jual lagi? 0142248424 kalau ada tolong bantu.. terima kasih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. No idea... Jam dah keluar 2 tahun lepas... Maybe mudah atau eBay ada...

      Delete