"Lawatan Sambil Belajar ke Watch Lim" begitulah tajuk yang sesuai untuk post aku kali ini. Siang tadi aku berkesempatan membuat lawatan sambil belajar. Korang pun mungkin da biasa dengan jenis-jenis lawatan ni. Ada yang panggil lawatan kerja, lawatan mengejut dan site visit. Sebenarnya seronok buat-buat kerja lawatan ni. Sebenarnya lawatan kali ini tidaklah dirancang tapi berlaku secara kebetulan (bole percaya ke). Secara jujur aku memang tak pernah pergi KL tengok-tengok jam lama. Dengar kata memang hebat-hebat. Aku memang percaya. Barangkali kalau aku pernah ke KL tentu review aku pun berbeza tentang lawatan ini.
Bagi peminat-peminat jam lama tempatan tentu pernah bersua dengan blog
Watch Lim. Blog kepunyaan Lim (siapa lagi) ni terletak di Holiday Plaza, JB. Kedainya terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan kedai game dan kedai roti Season. Aku pun tak berapa ingat sangat alamatnya main terjah aja masa nak mencari kedai ni...So kepada yang tak biasa dengan Holiday Plaza ni pastikan anda tahu alamat yang betul...
Hampir 2 jam juga aku berdiri di hadapan almari display kedai tu...Dari Rolex sampailah ke Seiko semuanya disusun kemas dan cantik seolah-olah menarik-menarik tanganku untuk memegangnya. Mujurlah Lim (29 tahun) seller yang peramah dan sporting. Aku pun ceritalah serba sedikit pasal blog pecacai aku ni dan mintak izin untuk ambil gambar serta buat post berkenaan kedai beliau...pergh, cara-cara
Tertonggok 2 bullhead kat atas tu. Terbeliak bijik mata aku tengok. Mak ai, cantik nya. Tapi aku kekal fokus. Hari ini lawatan belajar aja taw. Tak boleh lebih-lebih.
Ini pula kawasan jam-jam seperti Rolex dan Swiss made watch yang lain-lain. Mata aku tak banyak meleret ke sebelah sini, maklumlah kepala hotak da dipengaruhi dengan nama Seiko aja...Aku terus mencari-cari Seiko magik. Manalah tahu ada yang terbekenan (tak sengaja tak apa)
Mengapa aku katakan lawatan sambil belajar. Antara sebabnya banyak jam-jam yang ada dalam simpanan Lim adalah jam yang baru pertama kali aku lihat secara live. Walaupun selalu aku lihat dan tengok di internet bila dilihat secara live ada yang aku sendiri tak sangka. Aku sungguh berpuas hati dalam lawatan kali ini keran dapat buat perbandingan terutamanya dari segi saiz jam....
Yang ini pula kawasan jam-jam pocket watch yang telah diubah suai menjadi wrist watch. Memang klasik lagi unik. Lim sendiri ada memakai satu jam yang mirip seperti yang dipamerkan di atas...Kalau korang nak tau jam-jam ni macam mana, jangan lupa tengok blog dia. Gambar dari handphone aku ni langsung tak memberikan keadilan kepada jam-jam hebat ini...
Tak cukup dengan rak display. Lim keluarkan lagi beg yang mengandungi jam-jam..
Sebelum aku melangkah pergi, Lim sempat menunjukkan alat mengesan ketepatan jam. Dasat seh. kalau jam bagus boleh lah letak atas benda ni, boleh lah tau bagus ke tidak. Anda perlu bayangkan kedai yang bagaimana ada di plaza-plaza. Samalah macam kedai Lim, selain menjual jam-jam lama, beliau turut menjual pelbagai jenis aksesori lelaki yang tak kurang menarik.
Kesimpulan daripada lawatan sambil belajar kali ini:
1. Jam-jam lama ni memang banyak, duit aja yang tak banyak
2. Orang yang peramah, mudah mesra dengan semua orang
3. Jangan bawak duit banyak bila melawat, bimbang terbeli yang tak perlu
4. Dunia jam ni luas, ada lagi yang hebat-hebat berdiam diri di luar sana
5. Pakailah pakaian yang sesuai untuk sesi bersembang yang panjang
6. Kotak jam memang beraneka jenis, tapi hati aku belum tergerak nak beli lagi
7. Seiko Premier moonphase memang cun, harganya saja yang tak tercapai
8. Beg jam yang boleh muat 21 biji jam memang sesuai untuk kebanyakkan peminat jam.
9. Tak sangka pocket watch boleh jadi wrist watch
10. Citizen Bullhead jam bersaiz kecil