Friday, June 24, 2011

Lawatan sambil belajar ke Watch Lim

"Lawatan Sambil Belajar ke Watch Lim" begitulah tajuk yang sesuai untuk post aku kali ini. Siang tadi aku berkesempatan membuat lawatan sambil belajar. Korang pun mungkin da biasa dengan jenis-jenis lawatan ni. Ada yang panggil lawatan kerja, lawatan mengejut dan site visit. Sebenarnya seronok buat-buat kerja lawatan ni. Sebenarnya lawatan kali ini tidaklah dirancang tapi berlaku secara kebetulan (bole percaya ke). Secara jujur aku memang tak pernah pergi KL tengok-tengok jam lama. Dengar kata memang hebat-hebat. Aku memang percaya. Barangkali kalau aku pernah ke KL tentu review aku pun berbeza tentang lawatan ini.
Bagi peminat-peminat jam lama tempatan tentu pernah bersua dengan blog Watch Lim. Blog kepunyaan Lim (siapa lagi) ni terletak di Holiday Plaza, JB. Kedainya terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan kedai game dan kedai roti Season. Aku pun tak berapa ingat sangat alamatnya main terjah aja masa nak mencari kedai ni...So kepada yang tak biasa dengan Holiday Plaza ni pastikan anda tahu alamat yang betul...
Hampir 2 jam juga aku berdiri di hadapan almari display kedai tu...Dari Rolex sampailah ke Seiko semuanya disusun kemas dan cantik seolah-olah menarik-menarik tanganku untuk memegangnya. Mujurlah Lim (29 tahun) seller yang peramah dan sporting. Aku pun ceritalah serba sedikit pasal blog pecacai aku ni dan mintak izin untuk ambil gambar serta buat post berkenaan kedai beliau...pergh, cara-cara
Tertonggok 2 bullhead kat atas tu. Terbeliak bijik mata aku tengok. Mak ai, cantik nya. Tapi aku kekal fokus. Hari ini lawatan belajar aja taw. Tak boleh lebih-lebih.
Ini pula kawasan jam-jam seperti Rolex dan Swiss made watch yang lain-lain. Mata aku tak banyak meleret ke sebelah sini, maklumlah kepala hotak da dipengaruhi dengan nama Seiko aja...Aku terus mencari-cari Seiko magik. Manalah tahu ada yang terbekenan (tak sengaja tak apa)
Mengapa aku katakan lawatan sambil belajar. Antara sebabnya banyak jam-jam yang ada dalam simpanan Lim adalah jam yang baru pertama kali aku lihat secara live. Walaupun selalu aku lihat dan tengok di internet bila dilihat secara live ada yang aku sendiri tak sangka. Aku sungguh berpuas hati dalam lawatan kali ini keran dapat buat perbandingan terutamanya dari segi saiz jam....
Yang ini pula kawasan jam-jam pocket watch yang telah diubah suai menjadi wrist watch. Memang klasik lagi unik. Lim sendiri ada memakai satu jam yang mirip seperti yang dipamerkan di atas...Kalau korang nak tau jam-jam ni macam mana, jangan lupa tengok blog dia. Gambar dari handphone aku ni langsung tak memberikan keadilan kepada jam-jam hebat ini...
Tak cukup dengan rak display. Lim keluarkan lagi beg yang mengandungi jam-jam..
Sebelum aku melangkah pergi, Lim sempat menunjukkan alat mengesan ketepatan jam. Dasat seh. kalau jam bagus boleh lah letak atas benda ni, boleh lah tau bagus ke tidak. Anda perlu bayangkan kedai yang bagaimana ada di plaza-plaza. Samalah macam kedai Lim, selain menjual jam-jam lama, beliau turut menjual pelbagai jenis aksesori lelaki yang tak kurang menarik.

Kesimpulan daripada lawatan sambil belajar kali ini:
1. Jam-jam lama ni memang banyak, duit aja yang tak banyak
2. Orang yang peramah, mudah mesra dengan semua orang
3. Jangan bawak duit banyak bila melawat, bimbang terbeli yang tak perlu
4. Dunia jam ni luas, ada lagi yang hebat-hebat berdiam diri di luar sana
5. Pakailah pakaian yang sesuai untuk sesi bersembang yang panjang
6. Kotak jam memang beraneka jenis, tapi hati aku belum tergerak nak beli lagi
7. Seiko Premier moonphase memang cun, harganya saja yang tak tercapai
8. Beg jam yang boleh muat 21 biji jam memang sesuai untuk kebanyakkan peminat jam.
9. Tak sangka pocket watch boleh jadi wrist watch
10. Citizen Bullhead jam bersaiz kecil

31 comments:

  1. Hebat lawatan tu sah kul. Saya pun terkejut tengok gambar tu. Jam-jam di blog memang mengancam...bagus posting ni

    ReplyDelete
  2. Baru aje chatting dengan Lim sblm solat jumaat dok tanya-tanya jam vintage dgn high end replica...dia mmg melayan customer dengan baik. Best!

    ReplyDelete
  3. Cikgu Zul...terima kasih. Mmg byk manfaat kita dpt melalui blog. Saya pn byk belajar dr blog. Byk info dpt kita kongsi...Walaupun dr kejauhan tp begitu dekat di hati. tak gitu...

    ReplyDelete
  4. wali...buyer nk tukar jam pn dia layan. Replika sampai rm7k. Masa aku menyebok kat situ ada customer beli replika rm1k+... Yang paling best dia tahu apa yang dia jual hehe

    ReplyDelete
  5. Wah.... aku dok tgk jam2 dia kat mudah je. kalau berkesempatan balik kg nnt boleh singgah.. tp aku kena bawa duit la.. kalau tak sia2 je. Haha

    ReplyDelete
  6. dj...mmg seronok dpt pergi. kalau pulus x cukup mesin gores pun ada haha

    ReplyDelete
  7. tu yg paling tak tahan tu.. haha

    ReplyDelete
  8. ...haha..kalau da tak boleh tahan jugak, kena tengok jam2 tu dari kedai sebelah aja. Tanya jangan, pegang pun jangan...merbahaya utk kesihatan hehe2

    ReplyDelete
  9. bro..TQ sharing...... jom kita buat trip ramai2 hujung tahun (bonus maa) heheh ... seiko no date tu cantik !!!! #23.. welcome to the next leval bro !! xbyk org berani share info2 macam ini.

    ReplyDelete
  10. Ad..Dasat betul ko bole nmpk jam #23 dlm gambar tu. Aku hanya share info itupun atas izin tuannya. Kalau ada yg berkenan, aku tumpang bahagia

    ReplyDelete
  11. ternpk bro.. classic seiko tu, imho kbyk collector over look this beauty. day/date byk dlm market. laupan lim ada kasi discount tak ? hehehe

    ReplyDelete
  12. Tag tulis rm150 klu x silap. Nego ok aja. Dia nk simpan pn nk buat apa. Betul. Jam yg D/D mmg slalu kita jumpa. Jam x ada D/D mmg super klasik. Cuba ko WhatsApp kt dia (kna pakai iphone) free. Jam tu jnis winding klu x silap...

    ReplyDelete
  13. xjumpa tag tu bro... sms dia kata rm290 dah offer price... i minat no date for seiko. winding tak apa..vintage fragile...jarang pakai.sekali kala pakai sembang dgn org vintage saja..

    ReplyDelete
  14. Ad..cuba tgk gmbr yg ke4 dr bwh. Ada satu seiko kt tgh2 yg x ada D/D. Aku nmpak mcm ada tag putih tulis rm15x... betul tak?

    ReplyDelete
  15. Tu laa. Ko asyik pakai spek gelap aja. Cuba pakai spek utk membaca. Baru terang bro. Haha (jgn mare taw)

    ReplyDelete
  16. heheheh...facebook ada ? mai sini email bro..

    ReplyDelete
  17. Ad... aku lum ada acc FB lg bro...old school ruled...apa nk buat haha :)

    ReplyDelete
  18. hahaha...dulu pernah i delete fb gua..now bukak balik for entertainment purpose only :) it can happen again...soon..hehehe

    ReplyDelete
  19. aku kena turun johor gak nanti ni...x tau bila sempat

    ReplyDelete
  20. Amar...ko roger aku klu nk turun JB, aku pn tak puas melawat hari tu hehe

    ReplyDelete
  21. Bro, aku tak tau ko duduk Kulai. Nanti aku balik Kluang bolehla kita pekena mee rebus Hj Wahid kat Stulang.

    Aku dulu masa keja kat JB, biasa pegi HP utk beli DVD je. Tak pernah perasan pun kedai Lim ni ... maybe sebab masa tu tak reti tengok jam2 lama ni.

    Aku tengok byk gak Rolex + Omega. Rega macamana?

    ReplyDelete
  22. Bro PM... mee rebus tu kadang2 mcm termanis pn ada..tak atau laa, mungkin aku aja. Kedai tu da 6 tahun. Model replika baik2 pn ada. Rolex & omega, susah sikit laa nk komen pasal harga krn x tau sgt...apa2 yg ada listing kt blog tu sumanya ada, bracelet, nato pn ada...

    ReplyDelete
  23. Ha ha ... biasala tu. Kalau mee rebus tak ok kita pegi makan lontong kering kat Hutan Batu atau sup tulang ZZ.

    Kalau kedai tu dah 6 tahun, memang takdela masa aku kat JB dulu. Replika pun ada? Takde pun dalam gambor. Berapa RM kalau Sub gred AAA?

    ReplyDelete
  24. Bro PM... pasal makan apa2 pn kwn on aja hehe...Kalau ada kesempatan rojer je kwn 24/7

    Yang replika tu dia ada web ni utk rujukan http://watchlim.com/

    ReplyDelete
  25. Wow, this post is nice, my sister is analyzing these things, therefore I am going
    to inform her.

    my blog post; コーチ 時計

    ReplyDelete

  26. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  27. Nampak menarik...saya mmg telah lama buka blog Watchlim ni...teringin nak pergi tapi area JB saya mmg gagal la....

    ReplyDelete
  28. Saya ada jam rolex nak repair.. Boleh ke

    ReplyDelete
  29. Sy nak buat lawatan ke Watch Lim, sudi kamu aturkan ?

    ReplyDelete