Saturday, December 31, 2011

Menjelang tahun baru....

Tak sampai satu jam lagi tibalah tahun baru. Aku sukalah nak berkongsi cerita tentang jam-jam kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog aku ni. Bolehlah dikatakan tahun 2011 ni banyak juga telah menghabiskan duit aku demi melayan hobi mengumpul jam. Dalam sedar tak sedar banyak juga jam-jam yang aku suka dapat aku perolehi. Begitu juga jam-jam yang terpaksa dilepaskan bagi menampung sebahagian kos menaik taraf. Antaranya yang telah sampai di rumah baru sejak April 2011 adalah;

1. Seiko Black Monster
2. Seiko UFO
3. Seiko LM Special putih
4. Seiko LM Special biru
5. Seiko LM Special silver
6. Seiko SKX007J
7. Seiko 6105
8. Seiko 6309
9. Seiko Orang monster

.... fuhh banyak juga la tu kalau ikut standard aku nih. Aku ada sikit-sikit memasang impian untuk tahun 2012 yang bakal hadir ni antaranya ialah;

1. Beli kotak jam 8 slot sebab aku belum ada kotak jam lagi :()
2. Beli jam yang sesuai untuk tali tropik aku
3. Sebiji dress watch
4. Bezel untuk g shock yang total loss ari tu. Nampak gaya kna oder sebab yang stok kat kedai tak ngam
5. Satu lagi jam divers haha

Itu sajalah harapan jam untuk 2012. Harap semuanya mampu untuk dicapai. Selamat tahun baru semua :)

Wednesday, December 28, 2011

Swatch Kidrobot Love Song

Adik aku balik beberapa hari sempena exam week (weak). Tak sangka pulak dia bawak sebiji Swatch. Aku secara peribadi belum pernah dalam sejarah hidup pakai jam Swatch. Walaupun pernah suka masa sekolah (1985) dulu tapi tak pernah jadi kenyataan. Bila kebanyakan kedai jam yang aku singgah tak lagi update model baru Swatch, lama-kelamaan jenama ni macam terus terdelete dari hard disk aku sehinggalah petang tadi....
Muenurut adik aku (perempuan), Swatch kerap juga buat model yang ada kolaborasi dengan designer-designer atau artist top. Model yang aku tunjukkan ni adalah dari model Kidrobot Love Song GE232. Kotak plastik jam tercetak perkataan Kidrobot dan Swatch yang lut cahaya.
Kalau dilihat dari segi bungkusan memang hebat dan penuh artistik. Mungkin mata-mata tua tak berapa bekenan dengan model-model macam ni tapi aku yakin penuh ramai remaja yang gemarkannya. Tak kurang daripada 5 helai kertas bercetak turut disertakan buat bacaan pembeli yang suka membacanya lebih daripada membaca atau mentelaah pelajaran haha.
Jam Swatch ni turut disertakan dengan sebuah anak patung kidrobot. Jam ini mula dijual sekitar RM2xx di kedai-kedai jam tempatan seawal September lepas. Jam yang datang lengkap dengan kotak display yang menarik ni nampaknya lebih sesuai dipamerkan berbanding jika dipakai...
Salah satu ciri menarik yang dapat dikesan pada model Swatch kidrobot ni ialah pada kaki robot turut tercetak jenama kidrobot. Juga pada buckle band telah diletakkan satu pelapik yang berfungsi sebagai penyambung antara dua tali. Ini bertujuan mengelakkan cetakan pada tali jam tidak terhakis akibat daripada geseran.
Gambar dari sudut belakang jam yang simple.
Ada 8 model Kidrobot untuk dikumpul termasuk sebijik lagi yang agak rare sikit di mana model ini tidak dimasukkan dalam katelog. Nampaknya banyak jenama-jenama jam yang mengeluarkan model-model terhad untuk ditimbang-timbangkan jika sesuai dijadikan koleksi hujung tahun ni. Selamat menimbang-nimbang mana yang patut....

Sunday, December 25, 2011

550 edifice replika ?


... Tiba-tiba aku jadi minat nak beli jam Casio Edifice. Mulalah pemburuan bermula. Tapi bila makin lama aku selidik maka pecahlah tembelang. Setelah aku buat penyiasatan sebenarnya memang ada replika Edifice 550 yang ciplaknya 1:1 cuma pembeli harus peka sikit sebelum menyerahkan wang hasil titik peluh mereka. Dua saja parts yang paling mudah nak tahu. Yang pertama, lumi 550 original berwarna biru dan tahan lama. yang tak ori warna hijau. Lumi minute marker pun tak glow berbanding yang asli. Dan stopwatch 1/20 yang terletak dekat kedudukan pukul 6 juga tak berfungsi seperti mana yang sepatutnya iaitu untuk kiraan stopwatch dan sebagai jarum saat. Kat bawah ni aku sertakan klip sebagai panduan kepada yang berminat. Ada juga pendapat mengatakan jam replika pakai PVD coated bracelet. Sedangkan yang ada dalam katelog casio hanyalah rubber dan SS bracelet. Errm gambar kat atas tu jam 550 tak ori :(

Thursday, December 22, 2011

kotak jam Lim


Semalam aku sempat ke kedai Lim kat Holiday Plaza sebab temankan kawan nak tambah lubang jam kebetulan Lim sedang sibuk melayan customer...Kena amik nombor ko sekarang ni. Khabar terbaru dia nak expand lagi kedai dia (2 lot), so lepas ni korang kalau datang bolehlah mole$t jam puas-puas. Sempat juga aku snap gambar kotak jam yang pembeli bakal terima jika beli dari kedai dia. Stylo gak ek ...

Wednesday, December 21, 2011

Monster vs Sumo lumi shot



Walaupun tak sepenuhnya berada dalam kawasan yang betul-betul gelap, lumi Monster dan Sumo memang antara yang terbaik. Percayalahhh (kena baca macam nyanyian Siti Norhaliza) :)

Wednesday, December 14, 2011

Gemuk itu menawan


Lama aku simpan cerita pasal jam ni. Rasanya semua peminat jam di luar sana sudah tahu jam apa yang aku maksudkan. Tak lain tak bukan, Seiko Sumo. Gambar-gambar yang aku hidangkan kali ini juga merupakan antara gambar-gambar terakhir perkhidmatan kamera Panasonic Lumix DMC-FZ28 yang sangat berjasa kepada aku.

Aku pun tak tahu nak cerita dari sudut mana. Dari bahagian jam atau kamera Lumix. Pada aku kedua-duanya hebat. Cuma yang tak sedapnya jam masih ada tapi kamera dah aku jual. Sampai sekarang ni pun kalau korang perasan dalam post-post kat blog aku akan kelihatan daun sirih ataupun objek seperti kayu atau besi buruk. Aku sukakan kontras warna yang terhasil membuatkan gambar kelihatan lebih bersemangat. InsyaAllah dalam post-post akan datang aku akan tunjukkan lokasi di mana aku suka buat penggambaran.

Seperti mana yang ditunjukkan pada dial jam adalah 17hb. Ya, memang betul gambar ini dirakam sekitar 17hb April yang lepas. Antara fakta menarik tentang jam ini juga ia adalah jam Seiko divers aku yang ke-tiga selepas Seiko bullet (orange) dan Seiko Samurai. Demam divers terus merebak sampailah sekarang selepas aku memiliki jam ini. Fakta lain yang anda patut tahu ialah aku dah jual Seiko bullet dan Seiko Samurai.

Jam yang berkaliber 6r15 ni terus memanggil-manggil namaku bila pertama kali aku lihat. Sebetulnya minat pada jam memang dah bertapak lama tapi yang peliknya minat pada Seiko baru mula bercambah sekitar bulan Mac tahun ni. Alangkah baiknya jika minat aku pada jam divers bermula awal 5-10 tahun yang lepas semasa harga jam masih lagi dalam kategori mampu milik dan berpatutan. Jam-jam model JDM ni bukannya tak ada tapi harganya secara konsisten naik tu yang tak berapa sedap....

Jam Seiko Sumo ni kalau ikut pasaran antarabangsa adalah dalam kelas JDM pertengahan bawah. Dan dengan tali getah jelas sekali jam Sumo milik aku ni adalah paling murah jika dibandingkan dengan adik beradiknya yang muka hitam mahupun muka biru. Walaupun begitu aku lebih cenderung memilih warna oren kerana kelihatan lebih garang, sporty dan kadang-kadang terlampau.

Secara fizikalnya jam ni memang besar, tebal dan berat. Nak kata sedap sangat pakai pun biasa-biasa saja macam pakai jam-jam lain juga perasaannya. Memandangkan saiznya yang besar dan tebal, kebarangkalian untuk terhantuk tu memang besar tapi kepada yang memilikinya tentulah pandai menjaga. Satu perkara menarik tentang jam ni juga ialah crown-nya yang bertanda 'S' serta warisan jarum ala Seiko 6105 tu memang memang menawan keluarga bahagia....

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan aku sangat berpuas hati dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan untuk memiliki jam ini. Bagi yang masih memasang impian teruskanlah cita-cita anda tapi adalah lebih baik jika mencuba dahulu kerana saiznya yang agak sasa. Jam yang masih ada pengeluaran ini hanya menunggu masa untuk menjadi lagenda bila pengeluarannya dihentikan. Apa lagi zaaaaaassssssttttt :)

SOLD - 11/03/2013 

Monday, December 5, 2011

Retak di tangan, lubang di poket


Satu lagi kejadian sedih menimpa aku semasa aku sebuk rewang kerja kahwin adik ipar aku tempohari. Jam yang belum sempat aku reviewkan ni memang jam jam lasak yang aku suka pakai untuk kerja-kerja berat. Aku mula perasan masa duduk kat pondok tepi rumah sambil menunggu jemputan datang. Macam biasa sempat jugak sempat juga aku usap-usap mukanya tapi terkejut sebab bezelnya terkopek. Bila aku teruskan meraba, maka bezel mula retak sedikit demi sedikit. Macam coklat kandos yang retak, begitulah retaknya hatiku....

Namun kepada peminat G Shock, anda haruslah bersedia dengan semua ini. Menukar bezel bukanlah benda yang sukar atau mahal sangat tapi aku belum bersedia menempuh semua ini. Tunggulah kemunculan semula kesayangan ku ini.....

SOLD

Friday, November 25, 2011

Bila tiba musim tengkujuh

Model-model terbaru G Shock banyak dilengkapi dengan kemudahan tough solar aka solar energy aka RE&EE. Yang tak berapa sedapnya bila dah lama tak dipakai maka akan surutlah kuasa simpanan kuasa bateri jam. Kadang-kadang aku pakai macam orang tak betul laa pulak sebab asyik nak kenakan dial jam pada arah matahari. Tapi memandangkan cuaca yang kerap hujan kebelakangan ni maka sukar juga nak mengumpul tenaga untuk cas bateri dengan cara demikian. Adalah lebih baik menyidai dengan menghadapkan muka jam ke arah matahari kerana ia lebih cepat dan berkesan. Cuma jangan terlupa nak angkat. Gambar di atas adalah bukti sebenar aku sidai jam di gate luar rumah. Ingatkan nak sidai dalam 15 minit tapi berlanjutan sampai ke maghrib. Mujur masih di situ. Oleh itu kepada yang suka menyidai jam seperti aku jangan lupa angkat jemuran ye :)

Wednesday, November 9, 2011

Ada apa dengan multiband?


Pernah dengar cerita pasal multiband a.k.a wave ceptor? Salah satu teknologi masa kini yang menggabungkan gelombang radio dengan jam tangan dengan satu tujuan iaitu mendapatkan masa yang paling tepat setiap 3 jam. Wow, memang hebat. Tak perlulah kita sibuk-sibuk nak tekan atau pusing-pusing crown nak dapatkan masa yang paling tepat. Semuanya secara automatik. Tapi ada setengah mazhab horologi berpendapat jam ni jam yang tak ada seni.

Kalau dilihat harga pasaran semasa untuk model ni boleh tahan jugak harganya. Mujurlah aku berpeluang mendapatkan secara tidak sengaja atau lebih tepat lagi bernasib baik dengan harga murah kira-kira 2 tahun yang lampau. kalau tak silap aku model jam ni ialah dari keturunan G Shock GW-5600J-1JF

Case belakang agak special kerana menampilkan perkataan "The G 5600". Aku pun tak pasti apakah maksudnya. Adakah ia adalah "The G" yang dicari-cari. Malangnya gambar di atas sikit goyang kerana agak sukar nak ambil gambar macro kalau pakai tangan kosong. Memang payah.

Berbalik semula kepada topik asal kita iaitu ada apa dengan multiband? Baiklah selain daripada perkataan wave ceptor yang tertera pada sebelah hujung atas kanan dial jam ni juga boleh tukar paparan haribulan dengan menekan butang adjust. Tapi aku selalu pilih paparan haribulan kerana nampak menarik pada mata aku.... Sayangnya tak pernah sekalipun aku dapat tangkap signal radio walaupun puas aku sidai tepi tingkap. Mungkin kalau aku tinggal di tempat tinggi boleh jadi boleh terima radio signal agaknya.

Paparan kali ini juga merupakan julung-julung kalinya aku meletakkan watermark atas nasihat blogger DJ.

G Shock tak kira apa bangsa pun memanglah sedap di tangan. Dulu banyak aku simpan macam-macam warna tapi sekrang tinggal kebanyakkannya hitam saja. Kadang-kadang kalau pakai G Shock yang agak rare sikit pun macam best gak hehe.

Demam jam aku agak slow sikit kebelakangan ni. Jangan katakan Rolex, Omega, Seiko 5 pun tak ada dalam senarai buat masa ni. Mungkin juga belum lagi mula mencari. Kalau dah mula terbeli susah pulak nak stop. Tu yang payah

Wednesday, October 26, 2011

Seiko BM

Bukan senang nak dapat gelaran yang ada kaitan dengan negara kita. Walaupun tak sama maksud tapi gelaran Seiko BM a.k.a Seiko black monster boleh juga kita guna pakai untuk macam Seiko Bahasa Melayu @ Malaysia. Seiko monster yang ultra popular ni memanglah tak perlu diperkenalkan lebih lanjut tapi aku suka nak berkongsi cerita tentang jam-jam yang pernah suatu ketika hadir dalam hidup....
Secara alami aku merasakan kombinasi Seiko BM yang berdial hitam sangat sesuai dengan bracelet SS berbanding Seiko OM yang aku rasakan sedikit kureng jika dipadankan dengan bracelet SS. Apa-apa pun kedua-dua model jam ni sesuai dipadankan dengan mana-mana kombinasi sama ada bracelet SS atau tali getah...
Warna dial hitam yang pada asalnya kurang mendapat tempat di hati nurani aku sedikit demi sedikit mula menyerap. Seakan-akan ada sentuhan formal bila aku mengenakan jam ni berbanding Seiko OM yang agak sporty bila digayakan.
Jam ni adalah jam Seiko monster yang ke-tiga dalam koleksi aku. Kadang-kadang aku rasakan luminous Seiko BM ada sedikit extra ummph jika dibandingkan dengan luminous Seiko OM. Mungkin perasaan aku aja kot.
Seperti Seiko OM, Seiko BM ni turut mengikut jejak langkah abangnya bila turut disunting jejaka Pahang tempohari. Ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan atau menggembirakan namun takdir dan desakan hidup membuatkan aku terpaksa melepaskannya pergi. terima kasih untuk kenangan terindah. Semoga kau terus berkhidmat cemerlang. Selamat jalan.....

Friday, October 21, 2011

Selamat tinggal cinta Part 2

Kali pertama memandang hati terpaut lantas ku hulur salam. Lamaran ku titip lalu disambut penuh mesra. Jarang sekali dapat bermesra dengan spesis terancam ni. Ah, mengarutlah! Apa benda yang aku cakap ni. Aku bukan pandai sangat nak tekan ayat-ayat power. Baiklah mari kita teruskan....
Kejadian berlaku beberapa bulan lepas. Sebab tu lah gambarnya hitam putih sebab dah jadi bahan sejarah. Model Seiko UFO dengan berkekuatan Seiko 5 Sports Speedtimer siap dengan tali president original ni memanglah boleh mencairkan hati yang memandangnya....
Sayang semuanya tinggal kenangan dan menjadi sejarah bagi aku kerana jam ni antara jam paling sekejap bertahan di tangan (kurang dari 4 hari). Tak tahulah kenapa, semuanya ok tapi aku aja yang tak ok. Bak kata remaja sekarang "no chemistry no love"
Namun sempat juga aku ambil beberapa gambar sebagai kenangan yang kita pernah bersama suatu ketika dulu. Akhir kata terimalah sebuah lagu dari kumpulan UFO (sempena nama timangan jam ini)..... :)

Sunday, October 16, 2011

Bersawang.....

Lama betul aku tak masuk entry terbaru dalam blog. Idea asal nak selang-seli cerita jam dengan minat aku terhadap muzik nampak macam semakin sukar nak direalisasikan. Setakat ni aku baru buat dua entry pasal guitar strat dan pickup seymour duncan tempohari. Lihat ajalah dalam gambar di atas nampak sangat da lama aku tak tengok barang-barang ni. Berhabuk dan bersawang. Mungkin aku akan review bila sampai masanya nanti. Selalunya masa mcm sekarang ni aku da mula main muzik tapi tak tau apa sebab nampak macam slow laa pulak



Wednesday, September 28, 2011

Raksasa darat


Kadang-kadang ada jugak rasa menyesal bila da tercebur dalam dunia blog ni. Apa ke taknya. Bukan senang nak cari fresh idea untuk posting. Pulak tu kena pulak buat blog pasal jam. Silap hari bulan boleh rabak. Jam aku tak banyak so aku pilih masa yang betul-betul ngam untuk posting. barang-barang muzik pulak banyak bawah katil buat masa ni belum sempat lagi nak snap. Kali ni aku sisipkan cerita pasal jam Seiko diver. Eh! Seiko lagi? Dah jam jenis ni aja yang aku ada apa nak buat. Nak review jam R*/e% tak tahu laa bila. Seiko yang tak seberapa mahal ni pun tak cukup duit.... betullll

Rasanya korang pernah jumpa model ni kan... Ada yang panggil landmonster. Sejenis spesis divers jugak dengan kebolehan selaman 200m. Tak sangka pulak aku berpeluang memiliki jam ni. Ni pun second hand je bro. Bila tuan lama dia sms aku kata nak jual, apa lagi terpaksalah aku selamatkan hehe. Sekali pandang saja jam ni dah nampak gedabak. Bagi yang lemah semangat memang lah tak berapa sesuai. Aku sangat suka dengan kombinasi dial oren dan bezel hitam. Teringat macam sumo oren. Sumo pun single date aja. No no. Ini ada lagi sikit extra...

Semuanya nampak tebal. Siap ada kompas. Tapi yang buatkan cerita tak habis-habis tu ada nam Malaysia pada sebelah bawah dial. Ramai yang macam tak percaya bila aku tunjuk.

Alamak! ada 2 crown laa. Inilah jam pertama aku yang pakai 2 crown. Yang sebelah atas (gigi halus) crown untuk setting haribulan dan masa. Crown yang gemuk dan gagah kat bawah tu untuk adjust kompas. Hari tu masa belum ada jam ni tengok kat blog walikad dia ada franken oren yang pakai crown gemuk ni. Meleleh habis. tapi sekarang da ok sikit sebab dah ada hehe.

Lug jam saiz 20 aku rasakan memang sesuai dan unik untuk jenama Seiko. Kristal jam pula jenis leper saja. Kalau tak silap bezel jam ni PVD coating. Apa ke bendanya aku pun tak berapa tahu. Yang penting cantik... Sekali lagi crown bawah yang besar memang sepadan betul dengan bentuk jam... Dial oren juga kelihatan lebih mengancam dengan tali getah.

Katanya jam ni untuk pasaran US.

Caseback pun nampak unik dengan logo tsunami yang kecil di tengah-tengah. Sekali pandang aku lebih suka dengan gaya begini berbanding logo tsunami yang besar di tengah. Enjin 7s35 ni boleh tahan jugak hebatnya.

Bila dilihat dari tepi kelihatan jam landmonster lagi tebal daripada Seiko monster biasa. Terlanjur cerita pasal raksasa ni teringat pasal konsert 2 raksasa. Aku memang tak pergi. Zaman live konsert aku dah lama berlalu huhu...

Walaupun dengan muka yang garang, luminous Landmonster kelihatan agak kureng berbanding luminous monster. Luminous siri Seiko Monster memang legend.

aku pun tak berapa pasti sangat berapa kerap aku boleh buat posting pada masa akan datang. maklumlah jam tak banyak yang nak direviewkan. Bulan september ni aku hanya sempat post 2 kali saja. Harap-harap akan ada lagi cerita-cerita jam daripada aku. Biarpun jam yang dipaparkan biasa-biasa saja harap kalian sudilah mengikutinya. terima kasih.